Follower Links

ILuvIslam.

I Luv Islam.

Friday, 12 December 2014

Kopi suam, Air suam.

“Bang, kopi suam & air suam?” Soalan biasa pemilik kedai yang menjual air di café Uni. “Beres”. Jawapan biasa bersama kenyitan mata dan tanda peace. Muka saya dan kopi suam di kedai beliau sudah tidak asing, setiap dinihari sayalah antara pelanggan setianya. Tegukan kopi susu yang bersamanya aroma yang sangat harum, menyegarkan otak yang terlena. Masih ramai yang tidak tahu kopi adalah minuman kesukaan Rasulullah s.a.w, dan ia sangat baik untuk pencernaan otak dan memberi lebih energy khususnya apabila kita di dalam proses akhir penulisan thesis. Selain untuk otak, ia juga meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan risiko...

Tuesday, 11 November 2014

Theoretical Framework: Apa dan bagaimana ia?

Berlari di dalam phd tidak mungkin akan lebih pantas jika anda gagal memahami technical process dan concept bagi setiap satu element yang perlu ada di dalam kajian phd. Saya menulis berdasarkan pemerhatian ketika membantu junior2 dan rakan2 seperjuangan di dalam menghadamkan kajian mereka sehingga ke peringkat masak atau matang.  Kebanyakan calon phd bermula dengan topic kosong, ertinya datang berlenggang tanpa sebarang idea untuk dijadikan topic thesis. Mereka mendaftar phd hanya berbekalkan proposal lama atau cilok, sekadar untuk lulus memasuki universiti. Selebihnya mereka mengharap supervisor yang mencadangkan topik, atau mengharap...

Sunday, 9 November 2014

Menghafaz Al Quran: Kesilapan Rutin.

Menjaga hafalan dan menambah hafalan baru dalam memastikan hafazan Al Quran mampu dihabiskan dalam tempoh yang dirancang memerlukan metode dan cara yang betul. Saya meneliti kesalahan yang dilakukan oleh anak murid aka mentee dalam perjalanan beliau yang telah pun bermula untuk menjadi salah seorang penjaga Al Quran yang mulia. Kesalahan pertama, adalah ketika mentee menghafaz ayat dan muka surat yang baru tanpa mengambil berat pada hafalan lama. Ini kesalahan popular bagi mereka yang cuba menghabiskan sukatan atau muqarar hafalan Al Quran mereka. Hafalan mereka pantas tetapi hakikatnya kualiti terlalu lemah. Di hujungnya nanti, mereka...

Tuesday, 21 October 2014

Santau: Di mana kesilapan perawat Islam.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE “Malam rabu kena pergi minggu ini kena pergi la ke Darul xxx untuk berubat dan keluarkan santau”. Ini adalah dialog yang sangat saya hafal, jawapan dari kawan saya sewaktu tahun kedua saya di Universiti ketika saya tahu beliau terkena sihir santau. Allah, waktu tu saya ingat santau adalah penyakit paling sukar untuk pulih. Waktu itu saya tidak pandai apa-apa, belum dianugerahkan rahmat Yang Maha Esa untuk mengubati manusia seperti ini. Hanya...

Wednesday, 15 October 2014

Musafir ilmu: Satu rahmat.

Ketika masih lagi saya di sini, di sebuah perjalanan dalam dunia sarjana. Ramai teman dan sahabat mula rebah dan ‘hilang’ dari daerah ini, hanya airmata yang mampu saya titiskan menghantar mereka ke daerah kehidupan mereka yang baru. Perjalanan di dunia kedoktoran ini, saya tahu..SUKAR. Di antara mereka, tidak semua bernasib baik seperti kami yang masih berbaki semangat dan kudrat demi memastikan destinasi dituju di dalam genggaman. Di antara mereka, ada yang dibebani mental distress.. unsupported wife/ husband, and thousands of other problems. Di antara mereka, ada yang sudah cuba untuk bertahan, akhirnya kalah dengan ujian.  Di ruangan...

Wednesday, 1 October 2014

Jin: Siapa mereka?

Jin seperti manusia. Bezanya jin tidak mampu dilihat dek mata kasar biasa, seperti juga seorang manusia yang anda tahu orangnya tetapi belum pernah berjumpa. Jika apa yang anda dengar itu adalah keburukan, pasti anda akan prejudis. Dan jika apa yang anda dengar itu yang baik-baik sahaja, anda akan takjub sebelum melihat tuannya. Hakikatnya jin seperti manusia yang anda dengar sifatnya tetapi belum pernah berjumpa bagaimana sebenar gerangannya. Saya menggunakan frasa ayat di atas menggambarkan bagaimana jin yang sebenar, supaya analoginya mudah difahami. Bagi orang yang pernah melalui pengalaman atau mendengar cerita hantu, mereka prejudis...

Wednesday, 13 August 2014

Jiwa Merdeka: Tiada yang mampu menahan aku bahagia

Air yang mengalir sentiasa jernih kerana ia tidak membawa bersama kerikil dan batu, mengalir sendiri jatuh dari satu perdu ke perdu lain di dalam kehidupan. Energinya sentiasa baru, malah kehadirannya ditagih untuk menghidupkan kehidupan bangsa lain alam. Seperti itulah analogi jiwa merdeka, bebas dari taklukan kisah silam dan duka dendam yang mungkin terus menghitamkan jiwa insan. Jiwa merdeka ini saya bawa buat berlari dari satu daerah ke daerah kehidupan yang lain, bebas dari rasa dendam yang mencengkam, cemburu yang membuta mahupun amarah yang meliar. Mungkin atas sebab ini ramai yang hairan, bagaimana saya boleh menerima manusia yang...

Sunday, 20 July 2014

Gaza 2014: Pelajaran dari Palestina

Alhamdulillah, berjaya sudah melunaskan penulisan jurnal dan juga kertas kerja conference akhirnya sebelum menikmati cuti hari raya yang bakal tiba. Tanggungjawab akademik saya letakkan ke tepi, menyelusuri perkembangan terkini berkenaan peperangan di Palestin dan juga tragedy MH17 (pesawat MAS) yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia. Sewaktu menerima berita tragedy ini, serasa separuh perasaan terbang. Sekali lagi Malaysia diuji selepas MH307. Al fatihah buat penumpang dan anak kapal yang beragama Islam dan takziah secara amnya. Apa yang lebih menarik minat waktu ini, adalah peperangan di Palestin. Ketika pejuang Palestin sedang bermatian-matian...

Tuesday, 8 July 2014

Segmen Baru: Rawatan Islam

Beberapa waktu ini saya diminta untuk berkongsi tentang rawatan Islam, tentang bagaimana sihir dan kesannya kepada kita. Juga ada yang meminta untuk saya bercerita tentang pengalaman bagaimana saya merawat. Apapun In shaa Allah, saya akan buka satu segmen di blog ini untuk menulis tentang rawatan Islam. Semoga ia bermanfaat kepada semua. Antara permintaan melalui FB. In shaa Allah. Saya buka dulu topik, nanti ada kelapangan akan saya huraikan satu persatu mengikut kesesuaian dan keadaan....

Sunday, 18 May 2014

Research Proposal: Versi sempoi biar HEBAT.

Bismillahirrahmani Rahim. Menunaikan janji lama, pernah saya katakan dulu saya akan menyambung post berkaitan bagaimana untuk melanjutkan pelajaran ke pasca ijazah (sarjana/ kedoktoran). Mulanya saya ingat post seperti itu tiada sambutan, namun pemerhatian saya pada statistic post rupanya ramai yang google dan masuk ke post berkenaan. Maka alangkah ruginya jika pengalaman perjalanan di daerah kedoktoran ini saya tidak kongsikan bersama, membantu sekadar yang termampu. Atas keinginan ini, maka seharusnya saya menunaikan janji dan membantu adik adik mahupun tuan puan, yang masih tercari-cari jalan untuk bermula di laluan academia...

Monday, 28 April 2014

Seasonal Muallij

Bismillahirahmani Rahim.Alhamdulillah, masih bkesempatan untuk menulis. Kesibukan menyiapkan jurnal menghambat saya untuk memanfaati masa yang ada, baru hari ini mempunyai peluang untuk menulis di blog ini. Kala petang yang membosankan semalam, saya sempat menyiapkan satu video ketika melakukan proses rawatan.Pesakit ini adalah pesakit yang telah disyaki menghidap ‘parkinson’ kerana kegagalan untuk mengawal gerakan dan getaran yang melampau pada kaki dan tangan beliau. Dua tahun mereka buntu tanpa penyelesaian. Rupanya dua tahun juga dia telah menerima saka hidup dari aki (atuk) nya, sehinggalah dia mula dirawat oleh saya dua bulan yang lalu. Oleh kerana video ini antara koleksi video berubat yang agak sopan, maka saya cuba edit dan trim part yang kurang enak.Sekadar menyampaikan ibrah,...

Wednesday, 9 April 2014

Soalan keramat.

Setiap minggu saya akan menerima panggilan dari wanita ini, boleh dikatakan setiap dua hari saya akan dihubungi. Barangkali saya lebih lembab dalam menekan dail ke no beliau, menyebabkan beliau lebih dulu mendahului saya. Hihi. Perbualan kami walau tidak ada apa yang penting, namun bertanya khabar sudah menjadi rutin perbualan. Setidaknya berbual meminta pendapat atau memberi pendapat. Dulu beliau sangat tegas, sehingga deheman beliau amatlah saya takuti. Terutama apabila saya yang nakal ini kerap sangat membuat kesalahan. Tetapi perbezaan zaman dan peningkatan umur membuat kami kian mesra, yea..seperti saya juga yang melihat zamannya sudah...

Sunday, 2 March 2014

Dunia dan isinya..lepaskanlah.

Bismillahi Allahu Akbar. Lama beristirehat dari menulis dek kesibukan yang menghambat, melalui denai-denai suram yang penuh ranjau merintang. Kini sudah di tahun kedua kajian saya, dalam kudus berdoa agar kajian ini mampu dihabiskan tahun ini juga. Tempoh masa minimum yang perlu dipenuhi untuk graduate bagi PHD adalah dua tahun setengah. Dan saya menyimpan baki sem terakhir awal tahun hadapan hanya untuk viva dan correction. Alhamdulillah, perjalanan ini terlalu pantas. Lebih pantas yang dari saya jangkakan, bukan bermakna ia laluan mudah. Namun seakan ada barakah dan rahmat di dalamnya, kesukaran dan kepayahan yang dialami walau...

Page 1 of 7123Next

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites