Follower Links

Tuesday, 11 November 2014

Theoretical Framework: Apa dan bagaimana ia?

Berlari di dalam phd tidak mungkin akan lebih pantas jika anda gagal memahami technical process dan concept bagi setiap satu element yang perlu ada di dalam kajian phd. Saya menulis berdasarkan pemerhatian ketika membantu junior2 dan rakan2 seperjuangan di dalam menghadamkan kajian mereka sehingga ke peringkat masak atau matang

Kebanyakan calon phd bermula dengan topic kosong, ertinya datang berlenggang tanpa sebarang idea untuk dijadikan topic thesis. Mereka mendaftar phd hanya berbekalkan proposal lama atau cilok, sekadar untuk lulus memasuki universiti. Selebihnya mereka mengharap supervisor yang mencadangkan topik, atau mengharap ilham datang bergolek2 di kaki mereka.
 
Itu tidak mengapa, saya tidak menulis untuk mengulas tentang keadaan mereka. Saya menulis untuk membantu mereka memahami bagaimana sebenarnya untuk menghasilkan produk thesis yang terbaik, atau setidaknya mereka benar-benar master atau pakar dengan topic mereka. Perbincangan kali ini saya memilih untuk bagaimana memahami framework thesis atau rupa bentuk thesis mereka yang sebenar. Tulisan ini berdasarkan pemerhatian terhadap kegagalan atau kelemahan para sarjana calon phd ini, jadi idea saya tidak mutlak. Ia seharusnya bergantung kepada keadaan juga.

Theoretical Framework adalah element paling penting dalam memastikan dari mana idea thesis lahir dan ke mana hala tuju thesis anda. Dan ada satu sub topic di dalam chapter 1, diberi nama juga Theoretical Framework.  

Soalan pertama, apa sebenarnya theoretical framework ni dan apa kesannya terhadap study anda?      

Jawapan: Theoretical framework adalah jasad dan tubuh badan thesis anda yang mungkin lahir dari ibu bapa bidang yang lain dari bidang kajian anda sekarang. Katakan anda adalah seorang pengkaji bagi bidang engineering pengangkutan seperti saya, dan kajian anda adalah berkisar dengan bagaimana untuk melahirkan kaedah penghargaan untuk tol di jalan raya. Iye, tol dan jalanraya adalah bidang anda. Tetapi membuat skim penghargaan atau pricing adalah kerja economist. Nah di sinilah lahir theoretical framework anda.

Basic dan prinsip bagi framework tadi semestinya lahir dari bidang ekonomi. Sebagai seorang pengkaji, walaupun anda di bidang yang bukan ekonomi anda perlu mahir dan tahu selok belok berkaitan dengan pricing ini termasuk sejarah asal pricing, bagaimana ia mula diperkenalkan ke dalam bidang anda, apa asas pricing yang perlu ada,factor2 yang akan mempengaruhi pricing seperti demand and supply theory. Anda perlu memahami segala theory ekonomi yang berkaitan ini kerana ia mempengaruhi seluruh perjalanan kajian anda.

Soalan kedua: Bagaimana theoretical framework ini akan memberi kesan kepada study secara keseluruhannya?

Seperti yang saya terangkan, theoretical framework ini ibarat nafas atau roh bagi keseluruhan thesis anda. Anda perlu memahami konsep di mana letaknya batu asas bagi kajian anda, batu asas ini barangkali boleh jadi bidang yang sama atau bidang yang lain. Makna kata jika bidang anda engineering , tetapi kajian anda berkaitan dengan model pengesanan pattern bagi otak manusia, maka anda seharusnya tahu dan sepakar doktoc medical. Perlu tahu di mana deria-deria di setiap saraf otak, nama-nama mereka, fungsi dan sebagainya untuk membolehkan anda membina mesin pengesan yang memerlukan kepakaran engineering anda. Kegagalan untuk memahami theoretical framework untuk kajian anda mendedahkan anda kepada risiko kekurangan maklumat, terperangkap atau stuck ketika menulis atau melakukan ujikaji, kekurangan sumber data, penggunaan methodology yang salah dan banyak lagi. Dan paling worst, anda akan berdepan dengan ketakutan paling besar iaitu kegagalan untuk menjawab apabila di soal sewaktu defence proposal atau ketika viva nanti.

Soalan ketiga: Bagaimana untuk tahu apa theoretical framework anda di dalam kajian?

Soalan ini simple sebenarnya, lihat kepada produk akhir kajian anda. Di hujung kajian nanti, apakah sumbangan yang anda akan berikan untuk dunia akademik. Model? Polisi baru? Kaedah mudah atau terbaik? Modul untuk sesuatu contohnya modul pendidikan pintar? Dan banyak lagi.

 Dari output ini anda akan tahu output anda ini dimiliki oleh bidang yang mana sekalipun ia lari jauh dari bidang yang anda apply untuk phd sekarang, TETAPI bidang tersebut menyumbang kepada kejayaan anda untuk kajian bagi bidang kajian phd sekarang. Contohnya, bidang multimedia menyumbang kepada bidang pendidikan. Jadi, sekalipun anda cikgu yang menyambung master atau phd, jika kajian anda berkaitan dengan alat bantu atau modul belajar yang menggunakan Teknologi, semestinya anda harus tahu dan mahir segala jenama media, teknikal aspek, design dan sebagainya yang berkaitan dengan anda.

Tiga (3) jawapan kepada persoalan ini seharusnya sudah mampu memudahkan anda memahami langkah seterusnya apa harus anda lakukan untuk kajian anda nanti. Apabila anda tahu ke mana hala tuju kajian anda, sumbangannya, dalam erti kata lain roh dan tubuh badannya anda pasti mampu melakukan kerja kajian dengan lebih mudah dan tersusun. Tidak menghabiskan masa terlalu banyak kepada perkara atau elements yang tidak penting untuk anda, menumpukan hanya kepada element atau variables yang memberi kesan kepada kajian anda dan sebagainya.

Saya, bukan untuk bangga. Tetapi kerana saya memahami lebih awal apa sebenarnya theoretical framewok kajian saya, saya sudah lulus defense proposal sejak di sem pertama. Dan kini di sem ke-4, saya sudah pun memulakan penulisan dan mendokumentasikan seluruh proses dan perjalanan kajian saya yang dilakukan pada sem 2 & 3. Malah supervisor saya impressed dengan kepantasan bekerja saya. Maknanya, dihujung sem ini yang akan berakhir pada bulan januari atau awal sem hadapan saya boleh mengeluarkan draft thesis yang sudah complete utk proses correction dan improvement bersama supervisor sebelum ke viva. Dalam erti kata lain, saya akan mempunyai baki masa yang panjang untuk berfoya-foya apabila thesis sudah berjaya disiapkan. Hi Hi Hi.

Selamat berthesis. Jika perlukan bantuan,boleh drop komen here untuk penerangan lebih lanjut berkaitan post ini. Jika rajin, saya akan postkan theoretical framework version 2.0 plak. :D

2 comments:

as salam Dr.
need some advice... a lil bit confusing..
theoretical dan conceptual framework...

Assalam Dr.

Saya kurang jelas boleh ke saya dapat penjelasan lanjut.

Post a Comment

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites