“Bang, kopi suam & air suam?”
Soalan biasa pemilik kedai yang menjual air di café Uni.
“Beres”. Jawapan biasa bersama kenyitan mata dan tanda
peace. Muka saya dan kopi suam di kedai beliau sudah tidak asing, setiap
dinihari sayalah antara pelanggan setianya.
Tegukan kopi susu yang bersamanya aroma yang sangat harum,
menyegarkan otak yang terlena. Masih ramai yang tidak tahu kopi adalah minuman
kesukaan Rasulullah s.a.w, dan ia sangat baik untuk pencernaan otak dan memberi
lebih energy khususnya apabila kita di dalam proses akhir penulisan thesis.
Selain untuk otak, ia juga meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan
risiko kegemukan akibat berlebihan dalam pemakanan. Nanti rujuk beberapa link di
bawah yang telah dibincangkan sejak mutakhir ini.
Sebenarnya….
IsraHell lah yang memperkenalkan nescafe buatan mereka dan
mempromosikannya sehingga masyarakat mempercayai bahawa nescafe bagus dan kopi
pula adalah buruk. Hakikatnya,golongan ini hanya menjual nescafe di Negara umat
Islam seperti kita sedangkan di dalam cawan mereka adalah kopi yang menjadi
kesukaan Rasulullah s.a.w. Kejahilan ummat hari ini tentang kehidupan Sunnah Baginda
membuat mereka mempercayai apa sahaja yang dikatakan oleh musuh mereka. Musuh yang
dikatakan musuh, tetapi setiap kata2 mereka dianggukan sahaja oleh ummat yang
malas mencari gali maklumat dan membuat ulang kaji.
Para sarjana memang sejak dulu memperkenalkan kopi sebagai
minuman keluarga, menggalakan anak mereka supaya menyukai kopi malah membuang
segala minuman lain sebagai cara didikan. Aneh bukan, kita pula masih belum
ramai yang tahu. Sebab itu harga kopi sangat mahal, ambil masa cubalah
menjenguk di kedai kopi terkenal seperti Starbuck dan sebagainya. Secawan kopi
sudah menyamai harga sepakej nescafe 3 in 1.
Beli sahaja kopi timbang yang masih dalam bijirin, blend
sendiri. Fuhh wangiannya memang terbaik. Sebab itu secawan kopi saya mengambil
masa 15 minit plg kurang untuk dihabiskan, kerana menghayati wangian aromanya.
Jangan pula amalkan kopi yang dicampuri manisan seperti gula atau susu terlalu
banyak, nanti dapat pula diabetes.
Bagi saya, kopi adalah minuman sarjana. Memang bagus untuk
mereka yang bekerja dengan otak, membuat kajian dan menganalisis yang
memerlukan lebih tenaga otak. Percayalah, membuat research memang sangat terasa
kepenatannya. Tetapi tegukan kopi boleh memberi kita lebih tenaga dan merasai
menyelesaikan kekusutan akibat lemah daya pemikiran.
Setiap kali saya buntu dalam writing thesis, saya akan ke café
fakulti dan mencari penjuru café. Saya akan menghabiskan sejam dua masa mencari
penyelesaian atau ketenangan dengan secawan kopi. Suam dan aromanya, fuhhh
melegakan jiwa dan otak yang tegang. Dan kopi sangat baik untuk mereka yang sedang menghafaz AlQuran. Cubalah. ;)
Rujuk di sini untuk ulang kaji yang sudah menjadi perbincangan akademik:
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1046/j.1468-1331.2002.00421.x/full
http://iospress.metapress.com/content/a423p6m256u26742/
http://www.lamankongsi.com/2013/02/7-kebaikan-minum-kopi-minuman-kegemaran.html
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/mds.21706/abstract
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S104727970100223X
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0016508507005689
http://annals.org/article.aspx?articleid=668690 (Kopi mengelakkan kematian mengejut akibat kegagalan organ)
http://nutritiondata.self.com/facts/beverages/3898/2 (Kandungan vitamin di dalam kopi)
http://jn.nutrition.org/content/134/3/562.short (Kopi untuk membuang toksin berlebihan)
0 comments:
Post a Comment