Follower Links

ILuvIslam.

I Luv Islam.

Al Quran

Andai pernah kau genggam, jangan sekali kau lepaskan.

Majalah Gen Q/ Edisi ke 23- Julai 2013.

Wawancara tentang dunia Huffaz professional dan liku-liku perjalanan mendaki bongkah kedoktoran.

Al Fatihah buat Ayahanda.

Allah ampuni dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku.

Ibnu Sabil.

Bersiaplah dengan ilmu untuk peperangan kejahilan yang tidak berkesudahan.

Life without Quran.

Is like a ship without a COMPASS.

Dakwah adalah cinta.

Dan cinta akan menuntut semuanya dari dirimu.

Bacalah!

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Kata-kata Imam Syafie.

Sebaik ilmu adalah Al Quran.

Sampaikan yang benar.

Berkatalah walaupun pahit.

Sailing a LIFE.

It's OK not to be PERFECT.

Showing posts with label Pengukuhan Ingatan. Show all posts
Showing posts with label Pengukuhan Ingatan. Show all posts

Friday, 12 December 2014

Kopi suam, Air suam.

“Bang, kopi suam & air suam?”
Soalan biasa pemilik kedai yang menjual air di café Uni.

“Beres”. Jawapan biasa bersama kenyitan mata dan tanda peace. Muka saya dan kopi suam di kedai beliau sudah tidak asing, setiap dinihari sayalah antara pelanggan setianya.



Tegukan kopi susu yang bersamanya aroma yang sangat harum, menyegarkan otak yang terlena. Masih ramai yang tidak tahu kopi adalah minuman kesukaan Rasulullah s.a.w, dan ia sangat baik untuk pencernaan otak dan memberi lebih energy khususnya apabila kita di dalam proses akhir penulisan thesis. Selain untuk otak, ia juga meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan risiko kegemukan akibat berlebihan dalam pemakanan. Nanti rujuk beberapa link di bawah yang telah dibincangkan sejak mutakhir ini. 

Sebenarnya….

IsraHell lah yang memperkenalkan nescafe buatan mereka dan mempromosikannya sehingga masyarakat mempercayai bahawa nescafe bagus dan kopi pula adalah buruk. Hakikatnya,golongan ini hanya menjual nescafe di Negara umat Islam seperti kita sedangkan di dalam cawan mereka adalah kopi yang menjadi kesukaan Rasulullah s.a.w. Kejahilan ummat hari ini tentang kehidupan Sunnah Baginda membuat mereka mempercayai apa sahaja yang dikatakan oleh musuh mereka. Musuh yang dikatakan musuh, tetapi setiap kata2 mereka dianggukan sahaja oleh ummat yang malas mencari gali maklumat dan membuat ulang kaji.

Para sarjana memang sejak dulu memperkenalkan kopi sebagai minuman keluarga, menggalakan anak mereka supaya menyukai kopi malah membuang segala minuman lain sebagai cara didikan. Aneh bukan, kita pula masih belum ramai yang tahu. Sebab itu harga kopi sangat mahal, ambil masa cubalah menjenguk di kedai kopi terkenal seperti Starbuck dan sebagainya. Secawan kopi sudah menyamai harga sepakej nescafe 3 in 1. 

Beli sahaja kopi timbang yang masih dalam bijirin, blend sendiri. Fuhh wangiannya memang terbaik. Sebab itu secawan kopi saya mengambil masa 15 minit plg kurang untuk dihabiskan, kerana menghayati wangian aromanya. Jangan pula amalkan kopi yang dicampuri manisan seperti gula atau susu terlalu banyak, nanti dapat pula diabetes.

Bagi saya, kopi adalah minuman sarjana. Memang bagus untuk mereka yang bekerja dengan otak, membuat kajian dan menganalisis yang memerlukan lebih tenaga otak. Percayalah, membuat research memang sangat terasa kepenatannya. Tetapi tegukan kopi boleh memberi kita lebih tenaga dan merasai menyelesaikan kekusutan akibat lemah daya pemikiran.

Setiap kali saya buntu dalam writing thesis, saya akan ke café fakulti dan mencari penjuru café. Saya akan menghabiskan sejam dua masa mencari penyelesaian atau ketenangan dengan secawan kopi. Suam dan aromanya, fuhhh melegakan jiwa dan otak yang tegang. Dan kopi sangat baik untuk mereka yang sedang menghafaz AlQuran. Cubalah. ;) 

Rujuk di sini untuk ulang kaji yang sudah menjadi perbincangan akademik:

http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1046/j.1468-1331.2002.00421.x/full

http://iospress.metapress.com/content/a423p6m256u26742/

http://www.lamankongsi.com/2013/02/7-kebaikan-minum-kopi-minuman-kegemaran.html

http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/mds.21706/abstract

http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S104727970100223X

http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0016508507005689

http://annals.org/article.aspx?articleid=668690 (Kopi mengelakkan kematian mengejut akibat kegagalan organ)

http://nutritiondata.self.com/facts/beverages/3898/2 (Kandungan vitamin di dalam kopi)

http://jn.nutrition.org/content/134/3/562.short (Kopi untuk membuang toksin berlebihan)

Sunday, 9 November 2014

Menghafaz Al Quran: Kesilapan Rutin.


Menjaga hafalan dan menambah hafalan baru dalam memastikan hafazan Al Quran mampu dihabiskan dalam tempoh yang dirancang memerlukan metode dan cara yang betul. Saya meneliti kesalahan yang dilakukan oleh anak murid aka mentee dalam perjalanan beliau yang telah pun bermula untuk menjadi salah seorang penjaga Al Quran yang mulia.

Kesalahan pertama, adalah ketika mentee menghafaz ayat dan muka surat yang baru tanpa mengambil berat pada hafalan lama. Ini kesalahan popular bagi mereka yang cuba menghabiskan sukatan atau muqarar hafalan Al Quran mereka. Hafalan mereka pantas tetapi hakikatnya kualiti terlalu lemah. Di hujungnya nanti, mereka ibarat mengejar bayang namun roh Al Quran tidak ada di dalam jiwa mereka. Masalah serius begini amat banyak berlaku, bayangkan betapa ramai yang menghafal Al Quran tetapi mempunyai masalah ingatan yang serius kerana mereka terlalu mengejar trofi kepantasan.
Gambar dari MASDAR..memberi semangat untuk adik2 hafizah yang lain.
Kesalahan kedua yang biasa berlaku adalah apabila mentee terlalu panic dengan kualiti dan tidak bergerak ke hadapan dalam meningkatkan kuantiti hafalan. Sudahnya, mereka akan berakhir dengan masalah semangat untuk meneruskan, jemu dengan aktiviti hafalan, malah gagal berada dalam lingkup group yang sepatutnya. Konflik kurang keyakinan ini biasa jarang berlaku, namun tetap wujud dalam kehidupan seorang hafiz dan hafizah. Amat bagus untuk memberatkan mutu hafalan, namun jika menghabiskan keseluruhan masa dengan dengan hafalan lama tanpa menambah hafalan baru akan menyebabkan jiwa mentee mula lemah semangat untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Dua keadaan ini sentiasa berlaku dalam dunia seorang hafiz dan hafizah ketika mereka di dalam peringkat kembara menjadi seorang pembawa Al Quran atau Hamilul Quran. Cara menambah hafalan tanpa mengambil berat pada hafalan sebelumnya adalah salah, dan terlalu conservative dengan memberati hafalan sebelumnya tanpa usaha menambah hafalan yang baru juga adalah salah. Ia adalah langkah yang perlu seiring, seperti mana dua kaki yang harus maju ke depan dalam waktu yang sama untuk memastikan perjalanan menjadi Hafiz dan Hafizah tidak pincang. 

Moments dan waktu ketika menelusuri perjalanan menjadi Hafiz dan Hafizah adalah waktu-waktu yang perlu dinikmati sebaiknya, susah payah menghafaz dan menjaga hafazan di dalam tempoh ini adalah butir-butir kemanisan yang harus ditelan sebaiknya kerana ia adalah kenangan yang tidak akan dapat lagi dicari ganti. Yang manis dalam menjadi Hafiz dan Hafizah bukanlah waktu kita mengingati dengan lancar setiap bait ayat, tetapi kita dengan sabar menghafaz bait demi bait dan menangisi di atas kerinduaan pada ayat-ayat yang telah hilang atau sukar dihafazkan. Ia adalah kenangan sepanjang usia kehidupan. J

Monday, 9 September 2013

Akademi Huffaz



Bismillahirahmani Rahim.
Pernah menyimpan niat untuk menghafal Quran? Tetapi tidak tahu cara dan bagaimana untuk bermula..
Rasa nak menghafal? Tetapi tidak tahu mampu atau tidak..
Teruja untuk menghafal Al Quran, tetapi tidak berada di landasan sekolah atau dunia Al Quran seperti orang lain?
Masuk kelas Tahfiz kena bayar?

Tidak perlu kalian risaukan bayaran upah atau seumpamanya, rezeki yang Allah bagi sudah cukup untuk saya menampung kehidupan harian saya. Tidak perlu sebarang upah atau imbuhan, FOC (Free of Charge)? Yup, FOC.. Saya lakukan demi Allah, jika kalian ingin mnyertai sebahagian dari mereka yang sudah bermula menghafal bait-bait Al Quran.
Berapa banyak perlu dihafal adalah bergantung kepada kemampuan kalian, anda sendiri akan letakkan target mingguan berdasarkan masa dan kemampuan individu. Prinsip menghafal bukan sebarapa banyak yang kita boleh menghafal, tetapi seberapa banyak yang kalian mampu kekalkan ingatan. Tidak mengapa hanya menghafal cuma sekadar juzu’ Amma (30), tetapi kalian mampu kekalkan ingatan. Itulah yang akan memberi syafaat di akhirat nanti.
Biar saya ringkaskan syarat dan terma untuk join bersama kami:
  • Perlu tasmik paling kurang seminggu sekali, hari/masa yang available boleh dibincangkan bersama.
  •  Berapa banyak muka surat? Terpulang pada kemampuan.
  • Tidak perlu bertemu untuk tasmik (perdengarkan) bacaan, kami sudah memanfaatkan teknologi seperti Skype, Yahoo Messenger etc.Semuanya percuma. Paling tidak, telefon boleh digunakan.
  •  Kalu tidak mampu tasmik hafalan baru untuk minggu tersebut, boleh murajaah (ulang baca) hafalan sebelumnya untuk memastikan pengekalan hafalan.
  • Dan mohon kalian luangkan sedikit masa untuk meng’emel’kan saya butir peribadi untuk di proses seperti :
o   Nama
o   Pekerjaan: (kalau student, maklumkan sahaja student.)
o   No telefon
o   Cara untuk tasmik: Skype/ YM/ Telefon
o   Target hafalan tahun ini: (Sejuzu’/ 5 juzu’/10juzu’) etc.
o   Dan hantarkan ke safwan.alhafiz [at] gmail.com
  • Sedikit disiplin dan kemahuan untuk diadun menjadi ramuan dan penawar ;)

Dan demi Allah, saya cukup bangga untuk membantu saudara/ saudari saya menjadi salah seorang penghafaz Al Quran yang dicintai oleh Allah, para malaikat dan dihormati oleh sekalian makhluk langit dan bumi. Cukuplah beralasan sibuk/ tidak ada masa. Itu semua alasan untuk menyedapkan perasaan kita sendiri, hakikatnya bekalan mati itu perlu diisi bermula hari ini. Jangan sia-siakan peluang.

Thursday, 18 July 2013

Pesan seorang murabbi.

Ketika kami sedang mengikuti madah Tafsir, Kitab Fi Zilalil Quran. Murabbi yang mengajar ini orangnya hebat dan disanjungi, mempunyai gaya tokoh seorang ulama’. Usai sahaja maqra’ pengajian hari itu, beliau menyampaikan satu pesan:

“Jangan letak kitab lain di atas Al Quran. Kitab Laws ka, medik ka, akauntan ka..semua tak boleh”

Lalu kami yang ilmu setitik ini bertanya: “Maksud ustaz?”

Katanya yang hafaz Al Quran jangan cari pasangan yang tidak memiliki Al Quran. Sebaiknya pilih yang menghafaz Al Quran walau cuma beberapa surah, kalau sudah terjodoh..maka ajarkan pasangan itu menghafaz Al Quran, baru baiah solehah ada keberkatan dunia dan akhirat.

Sebelum memilih pasangan, tanya dahulu pasangan adakah ada menyimpan niat atau tidak untuk menghafaz bait-bait Al Quran. Jika jawapan yang diberi mengecewakan, berundurlah dan carilah yang lebih baik. Setiap benda baik memerlukan kesabaran, pepatah arab “ Innama Nasr as sabrus Sa’ah” Sesungguhnya pertolongan itu (akan tiba) pada kesabaran (walau) sesaat.


Pesanan ini menurut murabbi, lebih dititikberatkan kepada seorang Hafizah. Kerana siapa suaminya akan menentukan cara hidupnya, dan cara hidupnya bakal menentukan apa nasib Al Quran di dada.

#Pesanan 9 tahun yang lalu (2004).


Thursday, 24 January 2013

Masam Manis Hamilul Quran

Serasanya mana-mana Hafiz/Hafizah yang di luar sana menghadapi masalah yang sama, masalah yang sama hamba hadapi di sini. Mengekalkan ingatan dan hafazan bukan tugas mudah, itulah kesukaran..itu jugalah cabaran..tetapi itu juga merupakan satu tanggungjawab.

Pesan murabbi, yang paling manis dalam menghafaz Al Quran bukan sebanyak mana yang kita ingat atau secepat mana kita menghafaz dari juzu- juzu’ mahupun surah ke surah. Yang paling manis adalah apabila kita terlupa pada sebahagian hafalan yang ada dan kita berjaya mengingatinya kembali. Itulah saat paling manis dalam menghafaz dan menjaga hafalan.

Sepanjang pengalaman, ada 3 situasi yang biasa dihadapi dalam menjaga hafalan. Setiap situasi memerlukan rawatan yang berbeza, kekerapan murajaah juga berbeza mengikut keadaan.
Pertama, mengingati ayat tetapi terlupa susunan. Masalah ini adalah biasa berlaku pada surah-surah yang mempunyai ayat-ayat pendek tetapi hujungnya berulang seperti surah Al Qamar di juzu’ pengakhiran. 

Kedua, hanya mengingati sebahagian ayat tanpa mampu menyudahkan ayat tersebut. Biasanya berlaku pada ayat-ayat yang panjang seperti ayat hutang di Surah Baqarah dan sewaktu dengannya. Adapun masalah seperti ini sebenarnya akan berlaku ke semua tempat dalam hafalan sekiranya murajaah tidak dilakukan dengan kerap dan sempurna.

Ketiga, peringkat paling kritikal apabila kita gagal mengingati sepenuhnya ayat-ayat tersebut, gagal menyambung bahagian ayat dan gagal mengingati kedudukannya di dalam Al Quran. Kata murabbi, ini musibah dan kegagalan paling besar bagi seorang Hafiz/Hafizah. Jika mengalami masalah ingatan peringkat ini hanya pada sebahagian kecil ia masih boleh diterima, namun jika masalah ini dihadapi hampir keseluruh ingatan..itu tandanya kita sudah kehilangan keberkatan hidup paling besar.

Antara butir pesan murabbi-murabbi sewaktu di bumi tarbiah, Al Quran ibarat nyawa bagi Hafiz/Hafizah. Hilangnya Al Quran bererti hilanglah roh dan kehidupan seorang muslim yang diamanahkan mukjizat paling agung. Hilangnya hafalan bukanlah masalah besar, tetapi hilangnya usaha untuk murajaah dan menjaga hafalan adalah sebesar-besar bala dan musibah dalam kehidupan. 

Kita tidak akan ditanya berapa banyak hafalan yang ada, tetapi kita akan ditanya berapa banyak usaha yang kita lakukan untuk menjaga hafalan dan memahami isinya.

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites