Follower Links

Monday, 28 April 2014

Seasonal Muallij



Bismillahirahmani Rahim.

Alhamdulillah, masih bkesempatan untuk menulis. Kesibukan menyiapkan jurnal menghambat saya untuk memanfaati masa yang ada, baru hari ini mempunyai peluang untuk menulis di blog ini. Kala petang yang membosankan semalam, saya sempat menyiapkan satu video ketika melakukan proses rawatan.

Pesakit ini adalah pesakit yang telah disyaki menghidap ‘parkinson’ kerana kegagalan untuk mengawal gerakan dan getaran yang melampau pada kaki dan tangan beliau. Dua tahun mereka buntu tanpa penyelesaian. Rupanya dua tahun juga dia telah menerima saka hidup dari aki (atuk) nya, sehinggalah dia mula dirawat oleh saya dua bulan yang lalu. Oleh kerana video ini antara koleksi video berubat yang agak sopan, maka saya cuba edit dan trim part yang kurang enak.

Sekadar menyampaikan ibrah, bagaimana orang tua-tua lama menyimpan barang keramat yang dipuja dan dijampi untuk kelebihan-kelebihan tertentu. Membuang saka adalah proses amat sukar, tetapi paling puas hati. Kerana banyak benda yang kita tidak tahu kita akan belajar, sukarnya pula adalah kerana membuang saka memerlukan kekuatan sejati tubuh perawat untuk memujuk mahupun memaksa jin agar ikatan perjanjian saka dapat dipecahkan. Supaya ia tidak perlu diwariskan kepada keturunan seterusnya.

Kekuatan yang sebenar seorang perawat adalah terletak pada hatinya, di mana ia letakkan kebergantungan urusan sewaktu proses rawatan. Di sini biasa perawat akan teruji, ada perawat yang berbangga dengan kelebihan. Ada yang sekadar mencari seringgit dua buat upahan,ada perawat yang mencuba ilmu, ada perawat yang terpaksa menolong.

Banyak jenis perawat, bukan? Untuk menjadi perawat yang kukuh akidah dan tauhid amat sukar, namun usaha yang payah itulah yang membezakan kita dengan yang lain. Yang sukar mampu diselesaikan, yang garang boleh dipatahkan, yang ganas ditundukkan. Semuanya dengan rahmat Ar Rahman.




Video di youtube [tidak dapat diupload direct, mungkin sebab sy baru upload di youtube.]
Video di FB

Selamat menonton, ini antara koleksi video yang saya miliki. Memang kebiasaan merawat, saya akan meminta yang memerhati merakamkan video untuk memudahkan saya apabila pulang nanti untuk muhasabah kembali apa yang terjadi dan belajar membaiki segala kekurangan dan menambah ilmu baru. Sekadar sahaja dari diari seasonal muallij.

Video ini tidak menakutkan pun, saya dah tapis dan buang part-part yang kurang elok. :)
Wsalam.


0 comments:

Post a Comment

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites