Menjaga hafalan dan menambah hafalan baru dalam memastikan
hafazan Al Quran mampu dihabiskan dalam tempoh yang dirancang memerlukan metode
dan cara yang betul. Saya meneliti kesalahan yang dilakukan oleh anak murid aka
mentee dalam perjalanan beliau yang telah pun bermula untuk menjadi salah seorang
penjaga Al Quran yang mulia.
Kesalahan pertama, adalah ketika mentee menghafaz ayat dan
muka surat yang baru tanpa mengambil berat pada hafalan lama. Ini kesalahan
popular bagi mereka yang cuba menghabiskan sukatan atau muqarar hafalan Al
Quran mereka. Hafalan mereka pantas tetapi hakikatnya kualiti terlalu lemah. Di
hujungnya nanti, mereka ibarat mengejar bayang namun roh Al Quran tidak ada di
dalam jiwa mereka. Masalah serius begini amat banyak berlaku, bayangkan betapa
ramai yang menghafal Al Quran tetapi mempunyai masalah ingatan yang serius
kerana mereka terlalu mengejar trofi kepantasan.
Gambar dari MASDAR..memberi semangat untuk adik2 hafizah yang lain. |
Kesalahan kedua yang biasa berlaku adalah apabila mentee
terlalu panic dengan kualiti dan tidak bergerak ke hadapan dalam meningkatkan
kuantiti hafalan. Sudahnya, mereka akan berakhir dengan masalah semangat untuk
meneruskan, jemu dengan aktiviti hafalan, malah gagal berada dalam lingkup group yang sepatutnya. Konflik kurang
keyakinan ini biasa jarang berlaku, namun tetap wujud dalam kehidupan seorang
hafiz dan hafizah. Amat bagus untuk memberatkan mutu hafalan, namun jika
menghabiskan keseluruhan masa dengan dengan hafalan lama tanpa menambah hafalan
baru akan menyebabkan jiwa mentee mula lemah semangat untuk melangkah ke
peringkat seterusnya.
Dua keadaan ini sentiasa berlaku dalam dunia seorang hafiz
dan hafizah ketika mereka di dalam peringkat kembara menjadi seorang pembawa Al
Quran atau Hamilul Quran. Cara menambah hafalan tanpa mengambil berat pada
hafalan sebelumnya adalah salah, dan terlalu conservative dengan memberati
hafalan sebelumnya tanpa usaha menambah hafalan yang baru juga adalah salah. Ia
adalah langkah yang perlu seiring, seperti mana dua kaki yang harus maju ke depan
dalam waktu yang sama untuk memastikan perjalanan menjadi Hafiz dan Hafizah
tidak pincang.
Moments dan waktu ketika menelusuri perjalanan menjadi Hafiz
dan Hafizah adalah waktu-waktu yang perlu dinikmati sebaiknya, susah payah
menghafaz dan menjaga hafazan di dalam tempoh ini adalah butir-butir kemanisan
yang harus ditelan sebaiknya kerana ia adalah kenangan yang tidak akan dapat
lagi dicari ganti. Yang manis dalam menjadi Hafiz dan Hafizah bukanlah waktu
kita mengingati dengan lancar setiap bait ayat, tetapi kita dengan sabar
menghafaz bait demi bait dan menangisi di atas kerinduaan pada ayat-ayat yang
telah hilang atau sukar dihafazkan. Ia adalah kenangan sepanjang usia
kehidupan. J
0 comments:
Post a Comment