Bismillahirrahmani Rahim.
Menunaikan janji lama, pernah saya katakan dulu saya akan
menyambung post berkaitan bagaimana untuk melanjutkan pelajaran ke pasca ijazah
(sarjana/ kedoktoran). Mulanya saya ingat post seperti itu tiada sambutan,
namun pemerhatian saya pada statistic post rupanya ramai yang google dan masuk
ke post berkenaan. Maka alangkah ruginya jika pengalaman perjalanan di daerah
kedoktoran ini saya tidak kongsikan bersama, membantu sekadar yang termampu.
Atas keinginan ini, maka seharusnya saya menunaikan janji
dan membantu adik adik mahupun tuan puan, yang masih tercari-cari jalan untuk
bermula di laluan academia ini. Saya dulu seperti tuan/puan juga, teraba-raba
mencari ke mana ingin dituju. Tertanya-tanya apa harus dilakukan. Dan yang
paling penting, bagaimana untuk bermula.
Kembali kepada topik, menyambung pengajian ke pasca ijazah
atau lebih tepat menjadi sebahagian ilmuan adalah suatu yang sangat mendalam
ertinya bagi musafir-musafir ilmu yang begitu menikmati cabaran dan rintangan
di sana. Persediaan mental dan knowledge adalah dua benda yang amat perlu,
jangan masuk ke daerah ini dalam keadaan buta (tanpa sebarang pedoman). Jangan
expect laluan seperti ini mudah, atau lebih malang jika keinginan belajar sekadar
untuk menaikkan nama. Jangan sekali-kali.
Saya gariskan di sini beberapa langkah yang pernah saya
lalui:
z 1. Jadikan experience kerja, previous research
(waktu master jika ada) atau pengetahuan sedia ada terhadap bidang yang ingin
disambung sebagai foundation dalam study. Cari skop yang paling menarik minat
untuk dikaji, atau kalian mempunyai interest tersendiri terhadap sesuatu kajian
mahupun penemuan. Skop atau interest tersebut,perlu tulis di atas kertas.
Gunakan bahasa teknikal bagi bidang tersebut, sekiranya medic/laws/architecture/surveyor/planning
etc pasti ada bahasa teknikal mereka sendiri. Conteng atau lorek, apa sahaja
yang boleh mengembangkan pengetahuan kalian. Jangan simpan di otak!
INGAT! MIND MAPPING SANGAT PENTING. |
2 2. Ok, pastikan sudah siap 1st mind
mapping. Kenapa perlu mind mapping? Sebab otak anda pada waktu ini perlu di
’visualize’ kan, arahan pertama untuk otak bawah sedar berfikir dan menghadam
maklumat. Work smart ok! Dari mind mapping, kalian akan jumpa sesuatu yang
pasti tidak pernah terfikir. Terus kembangkan idea.
3 3. Setiap bidang akan ada major (pengkhususan) atau
specialization. So what your major or specialization. Jika saya, bidang saya
adalah transport dan logistic. Dan major saya atau pengkhususan saya adalah
vehicle emission. So focus saya dalam bidang transport lebih kepada carbon emitted
by vehicles. So daripada wide/general, now saya dah lebih focus. Ingat PhD atau
master, your research not to solve the world problems. Ok?!
4 4. From that, try to thinks. What is in ur mind?
What u r really gonna do?
Blur? Ok jom saya ajar teknik reverse!
Pertama-tama sekali, bila kalian buat mind mapping pasti kalian tahu apa
problems atau issues yang kalian nak solve kan. Pasti tahu! Jangan menipu,
hehe. Ok, jawab balik soalan saya. Dari issue tadi, apa yang kalian boleh
solve? Contribution kalian apa? Atau kata lain, result dia apa nanti yang
kalian ingin prove? Output dia apa nanti dari your research? That’s will
becomes your research topic. Simple kan?! New Output/contribution/ new model/ kpi/
standards/ module yang kte suggest itulah patot jadi tajuk research kte.
So, ble orang baca tajuk research
orang dah nampak dah apa yang kte nak buat. Bijak tak, tu teknik terbaik untuk
tackle your examiners nanti. Ingat, dia orang mmg complete ignorance dengan
your research. So, don’t make them blur just like you’re in the beginning. Your
research topic is your image in study! They’re reflecting everything without
you need to say a word. Wow!
Buat MODEL/OUTPUT, kemudian start working secara backward. Scramble ur model! |
5 5. Dari research title, kalian dah bleh start
scramble the puzzles. Topik ibarat model, dari model kte huraikan ia jadi part
by part. Macam sebijik kereta, dari kereta kte start huraikan komponen engine,
tayar, bumbung, pintu etc dan sort it out mengikut diorang punya class or
category. Komponen itu adalah element dalam thesis, manakala setiap elements
akan ada pecahan kategori atau class tersendiri.
a So, ble anda working reverse macam ni. Your
research should be clearer, dan kalian akan tahu apa yang perlu study apa yang
tidak. Data apa yang perlu, methods apa yang bleh guna, apa yang perlu
diperbaiki. Sebab kalian akan build balik model tadi yang telah anda pecahkan
menjadi puzzle. So, trust me. You will not be wasting your times study
literature yang merapu-rapu, xperlu collects data yang at the end dia xperlu
pakai atau tak boleh guna.
7 6. Bila dah sampai ke step ni, kalian akan dapat
rasa perjalanan sudah lebih cerah. Fokus kepada output, then start walking
backward. Study and master in every elements involved in ur thesis, spend time
only things that need u most. Kesukaran atau kepenatan membaca adalah perkara
biasa. So keep reading and exploring your niche and research area. Ingat, hanya
focus yang berkaitan dengan research sahaja.
Lepas tu, leh la main facebook lelama
sikit. Hehe. :p
8 7. Start writing your proposal. Perkara yang wajib
ada dalam setiap research proposal:
a.
Background study
b.
Problem statements
c.
Research Questions
d.
Aims and Objectives (objectives max 5 even untuk
phd: banyak sangat takot kalian xmampu achieve.)
e.
Research Gap.
f.
Theoretical Framework
g.
Research Design
h.
Research Gan Chartt
i.
Significance of research
j.
Expected Contribution
k.
References
9 8.Sebenarnya, jika bila kalian sudah menguasai
steps 1 sampai 5, amatlah mudah untuk anda menyiapkan proposal. Sebab kalian sudah
tahu untuk bergerak menuju ke mana, sudah tahu apa yang perlu apa yang tidak.
Jadi sekalipun masa terhad, percayalah kalian mampu untuk menyudahkannya.
Proposal adalah penting untuk full research master mahupun PhD, di situlah akan
dinilai oleh bakal supervisor tahap pemahaman dan tujuan research.
Ingat, dalam research kalian, kalianlah yang lebih tahu. Supervisor mungkin akan mempengaruhi sedikit sahaja anda jika anda sudah menguasai research. Tetapi berhati-hati, apabila anda sendiri tidak memahami research anda bagaimana untuk anda expect orang lain akan memahami anda. Pastikan kalian benar-benar menguasai step penting 1-5.
Saya dah jumpa banyak rakan atau senior yang sangat lost dekat part ni, menghabiskan masa kepada benda yang xperlu. Mujurlah saya belajar teknik ni dari supervisor yang sangat budiman, Dr Zaly Muhammad Shah. Terima kasih tidak terhingga untuk pensyarah saya, jadi ilmu ini saya kongsikan di sini pula supaya ia terus berkembang. :)
0 comments:
Post a Comment