Jin seperti manusia. Bezanya jin tidak mampu dilihat dek
mata kasar biasa, seperti juga seorang manusia yang anda tahu orangnya tetapi
belum pernah berjumpa. Jika apa yang anda dengar itu adalah keburukan, pasti
anda akan prejudis. Dan jika apa yang anda dengar itu yang baik-baik sahaja,
anda akan takjub sebelum melihat tuannya.
Hakikatnya jin seperti manusia yang anda dengar sifatnya
tetapi belum pernah berjumpa bagaimana sebenar gerangannya. Saya menggunakan
frasa ayat di atas menggambarkan bagaimana jin yang sebenar, supaya analoginya
mudah difahami. Bagi orang yang pernah melalui pengalaman atau mendengar cerita
hantu, mereka prejudis bahawa jin ini makhluk yang sangat jahat. Manakala
mereka yang pernah melihat jin bersolat di masjid atau menolong sesuatu keadaan
yang tidak tercapai dengan kudrat biasa manusia, mereka menjadi sangat takjub.
Tanpa ilmu, kejahilan bisa menyesatkan manusia. Berguru
sebuah buku atau pun seorang guru belum cukup, tambahlah sekali dengan berguru
melalui pengalaman. Setakat ini, saya rasa pesakit saya sudah mencecah beratus
orang. Hakikatnya saya tidak pernah mengambil kisah jumlah pesakit. Namun ke
mana sahaja saya pergi, keluar bercuti atau bermusafir jauh dari makmal saya
ini pasti ada sahaja temu janjin atau permintaan yang perlu dipenuhi. Terlalu
ramai manusia yang sakit sebenarnya walau zahir tampak sihat.
Bayangkan jika seorang pesakit mempunyai paling tidak 3 jin
di dalam badannya, dan saya pernah merawat seorang doctor yang mempunyai jin
lebih dari 100. Saya tidak menggunakan perkataan ekor, kerana mereka bukan
binatang. Ada di antara mereka yang bertauhid seperti kita, ada yang Kristian,
ada Hindu, Buddha dan ada yang langsung tidak beragama. Rasanya jumlahnya
ratusan sudah saya Islamkan, tidak ada satu yang saya bunuh jin di dalam badan
manusia. Kerana bangkai jin di dalam badan manusia mengeluarkan bau tertentu
yang menarik kerabatnya untuk membalas dendam.
Di sinilah perbezaannya pengalaman dan ilmu dari sebutir
buku, pengalamanlah yang banyak mengajar agar bersabar sewaktu berdepan dengan
makhluk Allah ini. Dengan sabar dan tegas memberi amaran dan mendakwahi mereka
agar berubah menjadi hamba Allah yang menerima Islam dan seluruh undang-undang
kehidupan sebagai muslim. Tegas untuk saya katakan, bahawa orang yang
mengatakan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia adalah manusia yang
tidak diberi rahmat oleh Allah untuk berkenalan dengan makhluk yang satu ini.
Ia bukan dalil dari Al Quran, jauh sekali diucap oleh seorang Nabi.
Taklif atau tanggungjawab jin dan manusia adalah sama, dan
mereka diletakkan di atas satu neraca iman dan amal yang sama: Syurga atau
Neraka. Sebab itu Al Quran mengiktiraf kewujudan jin dengan satu nama Surah
bermaksud Al Jin pada juzu ke-29 seperti mana Al Quran menceritakan perihal
manusia pada Surah Al Insan. CUMA, bezanya kedudukan hierarki jin di alam ini
seperti mana yang Allah ciptakan adalah di bawah manusia, kerana itu di alam
jin tidak Nabi atau Rasul. Yang ada cuma Islam atau Kafir. Dan sebagaimana
perangai manusia, jin ada yang jahat dan ada yang baik. Jadi usah pelik jika
wujudnya jin Islam yang menjadi jin sihir, kerana di alam manusia sendiri ada
muslim yang tidak pernah bersolat.
Dalam rawatan, saya pernah mengambil kesempatan berbual
dengan satu jin yang dipaksa oleh bomoh dan diikat dalam badan pesakit. Saya
tegaskan sekali lagi, jin Islam ini telah dipaksa. Jangan pelik jika ada jin
yang dipaksa, kerana mereka juga ada yang lemah dan ada yang kuat. Terutama jin
kanak-kanak ataupun yang sudah tua. Mudah sekali ditangkap oleh bomoh atau
pengamal ilmu hitam yang bertuankan Iblis, satu lagi makhluk yang lebih kuat
dari jin. Saya bertanya perihal sebaik-baik manusia sejahat-jahat jin, beliau
yang bernama Abd Rahman meminta saya ini yang beristighfar. Katanya, jika ayat
tersebut benar. Cuba fikir, setiap yang baik pasti ke syurga dan yang jahat ke
neraka. Adakah manusia yang dikatakan baik tadi apabila tidak pernah solat akan
ke syurga dan jin Islam yang dikatakan jahat ini sekalipun beramal soleh akan
tetap ke neraka?
Perbualan dan pengalaman yang saya lalui dari hari ke hari
dalam dunia rawatan membuat saya melayan jin seperti saya melayan manusia. Seperti
manusia juga apabila berkata-kata banyak yang menipu, pasti jin juga seperti
itu. Namun tidak bermakna semua yang dikata oleh mereka adalah tipu
semata-mata. Ada juga kebenaran dan ibrah yang boleh diambil. Jadi usahlah
terlalu prejudis atau takjub dengan mereka, kerana mereka tidak ada beza dengan
manusia. Juga berhati-hati, jangan terlalu percaya. Wasatiyyah lah dalam
mengeluarkan sebarang perkataan, kerana boleh jadi cabul mulut membuat keluarga
atau diri merana.
Ketika saya sedang menulis ini pun, ada jin yang hadir untuk
membaca. Semoga manfaat bersama untuk menjelaskan kekeliruan besar disebabkan
kurangnya pendedahan yang bersifat neutral seperti ini. Moga Allah memberkati. J
0 comments:
Post a Comment