Follower Links

ILuvIslam.

I Luv Islam.

Al Quran

Andai pernah kau genggam, jangan sekali kau lepaskan.

Majalah Gen Q/ Edisi ke 23- Julai 2013.

Wawancara tentang dunia Huffaz professional dan liku-liku perjalanan mendaki bongkah kedoktoran.

Al Fatihah buat Ayahanda.

Allah ampuni dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku.

Ibnu Sabil.

Bersiaplah dengan ilmu untuk peperangan kejahilan yang tidak berkesudahan.

Life without Quran.

Is like a ship without a COMPASS.

Dakwah adalah cinta.

Dan cinta akan menuntut semuanya dari dirimu.

Bacalah!

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Kata-kata Imam Syafie.

Sebaik ilmu adalah Al Quran.

Sampaikan yang benar.

Berkatalah walaupun pahit.

Sailing a LIFE.

It's OK not to be PERFECT.

Tuesday 21 October 2014

Santau: Di mana kesilapan perawat Islam.

“Malam rabu kena pergi minggu ini kena pergi la ke Darul xxx untuk berubat dan keluarkan santau”.

Ini adalah dialog yang sangat saya hafal, jawapan dari kawan saya sewaktu tahun kedua saya di Universiti ketika saya tahu beliau terkena sihir santau. Allah, waktu tu saya ingat santau adalah penyakit paling sukar untuk pulih. Waktu itu saya tidak pandai apa-apa, belum dianugerahkan rahmat Yang Maha Esa untuk mengubati manusia seperti ini. Hanya mampu mendengar dan meminta bersabar setiap kali saya menemui sahabat saya ini yang disihir oleh manusia menggunakan santau. Dan beliau sama sekali tidak mengetahui siapakah yang menyantaunya.

Sepanjang saya terlibat dalam dunia rawatan, saya cuba melakukan ujikaji dan buat sedikit research mengenai santau. Penemuan dari hasil pengalaman berubat menemukan jawapan berbeza berbanding dengan apa yang saya dengar selama ini. Apa yang saya tulis ini adalah synopsis yang menjurus kepada konklusi, dan terdapatnya kesilapan dalam dunia rawatan Islam.

Sebelum membincangkan apa sebenarnya yang menjadi contradict dalam dunia rawatan Islam, elok saya establish satu definasi mudah untuk menjelaskan apa sebenarnya santau dan perbezaannya dengan sihir. Sebelum saya menjelaskan santau, anda perlu faham bahawa santau adalah sebahagian dari sihir, manakala tidak semua sihir adalah santau.

Santau adalah sihir yang dilakukan kepada target tertentu yang bersamanya dikirim barang fizikal seperti serbuk, kaca, debu, darah dan sebagainya. Sihir adalah bersifat ghaib, namun apabila bersamanya barangan fizikal maka ia bertukar dari ghaib kepada nyata dan dinamakan ia santau. Kesan santau mudah sekali dilihat seperti batuk berdarah, kulit berkudis, muka berjerawat pelik, perut membunyit atau membusung, barah, kanser dan paling teruk sehingga pesakit koma Biasanya santau dikirim melalui perantaraan merangkap posmen halus atau ghaib iaitu jin.Ada satu persoalan yang sentiasa bermain di benak hati saya.

Benarkan santau ini beranak pinak atau bertambah-tambah? 

Jika tidak, kenapa sering kali sewaktu santau dibuang oleh para perawat tetapi ia masih lagi ada. Malah akan lebih banyak apabila tidak dikeluarkan dalam tempoh masa yang lama.

Soalan ini membuatkan saya melakukan ujikaji kepada pesakit-pesakit yang pernah saya tolong, dan hasilnya subhanallah. Maha suci Allah dari sebarang kekurangan, santau dan kesannya hilang sebaik sahaja selesai dirawat. Situasi ini membuat saya tertanya, di mana kesilapan para perawat selama ini yang membantu mengubati santau.

Izinkan saya membuat satu analogi, pernahkah anda melihat seerkor kumbang yang membuat lubang di dinding kayu rumah anda? Setiap hari anda akan melihat serbuk dan habuk kayu yang dikeluarkan oleh si kumbang dari lubang atau rumahnya, maka setiap hari itulah anda akan terus membersihkan serbuk dan habuk kayu tersebut selagi mana kumbang masih enak di dalam lubangnya. Sekarang, kita kembali kepada konsep santau. Rupanya, yang dilakukan oleh kebanyakan perawat Islam selama ini adalah mereka terlalu sibuk melihat kepada serbuk kayu yang dikeluarkan, sehingga terlupa di dalamnya ada kumbang. Jika habuk kayu dirujuk sebagai barangan fizikal santau, maka kumbang itu adalah jin pembawa.

Di sini ada dua kemungkinan kepada pesakit apabila berhadapan dengan santau, pertama penyerangnya adalah penyerang upahan aka bomoh bagi pihak ketiga. Maka beliau berkemungkinan hanya diserang sekali dua sahaja, biasa la kan bomoh pun served service based on payment. No money, no service la kan. Situasi kedua, penyerangnya adalah bomoh itu sendiri bagi pihak dirinya atau orang yang mempunyai ilmu dalam dunia sihir. Di sini pesakit akan diserang bertalu-talu, sehingga mengakibatkan kematian. Namun, situasi kedua amat jarang berlaku. Kebanyakan pesakit hanya diserang oleh bomoh bagi pihak ketiga, dan serangan hanya bersifat temporary atau one shot attack.

Akan TETAPI, one shot attack sudah cukup membuat pesakit merana sepanjang hidupnya jika beliau tidak pergi berubat atau berubat tetapi tidak membuang kumbang di dalam badannya. Inilah jawapan  mengapa santau dikatakan sukar untuk dirawat, dan ia menjadi NIGHTMARE kepada pesakit yang diserang santau. 

Lalu persoalan kedua bagaimana untuk mengubati santau secara menyeluruh?

Jawapan simple ini tidak semudah yang disangka. Anda perlu menangkap jin santau tersebut, samada paksa atau minta mereka buang kembali segala barang fizikal yang dibawa, yang pernah dibuang ke dalam tubuh pesakit, ikatan-ikatan yang disimpul oleh tuan si jin tersebut dan cuci kembali seluruh tubuh pesakit. Buat sehingga anda periksa kembali dan ia benar-benar tiada. Dan jin-jin tersebut, jangan sekali di hantar pulang kepada tuan, Islamkan mereka dan hantar ke suatu tempat perkampungan Islam yang mungkin anda sudah bina dalam rawatan-rawatan lalu.

Iya, saya akui menangkap jin santau di dalam tubuh pesakit adalah amat sukar. Namun it’s worth a try. Kadangkala ada yang saya ambil masa hanya 10 minit, tetapi ada yang saya terpaksa berlawan sehingga dua malam berturut. Tetapi hasilnya amat memuaskan, melihat pesakit kembali pulih. Ada pesakit yang datang perutnya membusung kembali surut, yang berkudis sampai dikatakan doc sebagai kanser kulit sejak bertahun-tahun, kembali surut selepas dua bulan diubati. Dan paling saya terasa bertuah, dua medical history di ICU Kota Bharu pada tahun 2013, dan satu d ICU Hospital Klang yang sudah koma selama sminggu berjaya dipulihkan. Namun, pesakit di ICU Hospital Klang diserang kali kedua selepas sedar dari koma, dan beliau meninggal selepas seminggu koma kali kedua. Al Fatihah, beliau adalah bekas pensyarah saya sewaktu di asasi dahulu.

Jika saya rajin, saya akan tulis bagaimana pengalaman merawat pesakit koma dari jarak jauh di ICU HKB yang sudah dikatakan tiada harapan oleh doctor dan para perawat lain. Dan pesakit itu diiktiraf sebagai medical history kerana tidak pernah ada dalam sejarah perubatan, pesakit yang sudah seminggu koma terlantar di katil wad tanpa sebarang respon dan ahli keluarga dipanggil untuk berjumpa buat kali terakhir tiba-tiba bangun selepas rawatan seolah tidak pernah sakit. Bahkan doktor memberi tempoh 4 jam sebelum oksigen pada pesakit dicabut dan beliau akan diisythar sebagai MATI. Jika hanya saya RAJIN. :D









Wednesday 15 October 2014

Musafir ilmu: Satu rahmat.

Ketika masih lagi saya di sini, di sebuah perjalanan dalam dunia sarjana. Ramai teman dan sahabat mula rebah dan ‘hilang’ dari daerah ini, hanya airmata yang mampu saya titiskan menghantar mereka ke daerah kehidupan mereka yang baru. Perjalanan di dunia kedoktoran ini, saya tahu..SUKAR.

Di antara mereka, tidak semua bernasib baik seperti kami yang masih berbaki semangat dan kudrat demi memastikan destinasi dituju di dalam genggaman. Di antara mereka, ada yang dibebani mental distress.. unsupported wife/ husband, and thousands of other problems. Di antara mereka, ada yang sudah cuba untuk bertahan, akhirnya kalah dengan ujian. 

Di ruangan ini, kisah dan cerita mereka mengajar saya..benarlah musafir ilmu ini adalah satu rahmat. Mana tidaknya, berapa ramai mereka yang saya sangat kagumi kehebatan pemikiran dan semangat akhirnya tumbang. Bukan di atas kehendak mereka, jauh sekali untuk mereka meminta. Allah, besarnya nikmat di atas rahmat ini. Saya benar-benar bersimpati, hati lelaki ini menangis untuk mereka. Jika sekuat mereka boleh tumbang, apa lah saya ini yang cuma musafir kecil mengayuh perahu usang menduga badai di lautan.

Jika hari ini tanpa rahmat Allah Yang Esa, pasti saya tidak akan sejauh ini melangkah. Musafir di daerah kedoktoran sarjana ini benar-benar adalah hadiah dan pemberian, tidak ternilai dengan kehidupan. Saya melihat mereka yang kecundang dengan perasaan penuh simpati, saya tahu mereka sudah mencuba yang terbaik. Hakikatnya mereka sudah lama bertahan, namun akhirnya kalah dimamah ujian. Terlalu banyak factor yang sebenarnya wujud, kerana musafir ilmu seperti ini anda hanya keseorangan. Perit dan sakit tiada siapa pun yang benar memahami, melainkan anda sendiri berjalan.

Membaca, meneliti, menulis dan membuat kajian barangkali tampak senang, hakikatnya saban petang pulang sahaja dari pejabat terasa otak sangat kepenatan. Mata sudah mula berat seawal isya’ berkumandang. Itu kehidupan seorang bujang seperti saya, bayangkan jika mereka yang sudah berkeluarga. Bebanannya adalah 10 kali ganda dengan apa yang saya alami. Sebab itu saya amat bersimpati kepada sahabat-sahabat perjalanan yang terpaksa berundur atau tumbang di dalam musafir ini.
 
Usahlah dipandang mereka dengan pandangan yang menjelekkan ketika mereka gagal menyudahkan larian mereka, malah mereka lebih memerlukan banyak sokongan dan bantuan moral untuk mereka kembali bangkit untuk kehidupan baru. Atau bangkit untuk berlari di daerah sarjana ini buat sekian kali. Mereka cuma tidak bernasib baik untuk larian kali ini. Mereka tetap sebahagian warga sarjana yang sudah merdeka dengan cara sebaliknya. Sedang saya, masih di sini. Terpenjara.

Jika kalian mempunyai saudara atau kenalan yang juga sedang bermusafir seperti saya, railah kehadiran mereka dengan memberi lebih kata semangat dan sumbangan moral. Jika tidak dapat membantu, usahlah menjadi bebanan. Kerana mereka adalah antara pesakit jiwa (bukan mental) yang belum bebas sehingga mereka menerima sehelai kertas tertulis : PASS/ FAIL untuk musafir ini.

Ramli Sarip: Perjalanan Hidup.

Wednesday 1 October 2014

Jin: Siapa mereka?

Jin seperti manusia. Bezanya jin tidak mampu dilihat dek mata kasar biasa, seperti juga seorang manusia yang anda tahu orangnya tetapi belum pernah berjumpa. Jika apa yang anda dengar itu adalah keburukan, pasti anda akan prejudis. Dan jika apa yang anda dengar itu yang baik-baik sahaja, anda akan takjub sebelum melihat tuannya.

Hakikatnya jin seperti manusia yang anda dengar sifatnya tetapi belum pernah berjumpa bagaimana sebenar gerangannya. Saya menggunakan frasa ayat di atas menggambarkan bagaimana jin yang sebenar, supaya analoginya mudah difahami. Bagi orang yang pernah melalui pengalaman atau mendengar cerita hantu, mereka prejudis bahawa jin ini makhluk yang sangat jahat. Manakala mereka yang pernah melihat jin bersolat di masjid atau menolong sesuatu keadaan yang tidak tercapai dengan kudrat biasa manusia, mereka menjadi sangat takjub.

Tanpa ilmu, kejahilan bisa menyesatkan manusia. Berguru sebuah buku atau pun seorang guru belum cukup, tambahlah sekali dengan berguru melalui pengalaman. Setakat ini, saya rasa pesakit saya sudah mencecah beratus orang. Hakikatnya saya tidak pernah mengambil kisah jumlah pesakit. Namun ke mana sahaja saya pergi, keluar bercuti atau bermusafir jauh dari makmal saya ini pasti ada sahaja temu janjin atau permintaan yang perlu dipenuhi. Terlalu ramai manusia yang sakit sebenarnya walau zahir tampak sihat.

Bayangkan jika seorang pesakit mempunyai paling tidak 3 jin di dalam badannya, dan saya pernah merawat seorang doctor yang mempunyai jin lebih dari 100. Saya tidak menggunakan perkataan ekor, kerana mereka bukan binatang. Ada di antara mereka yang bertauhid seperti kita, ada yang Kristian, ada Hindu, Buddha dan ada yang langsung tidak beragama. Rasanya jumlahnya ratusan sudah saya Islamkan, tidak ada satu yang saya bunuh jin di dalam badan manusia. Kerana bangkai jin di dalam badan manusia mengeluarkan bau tertentu yang menarik kerabatnya untuk membalas dendam.

Di sinilah perbezaannya pengalaman dan ilmu dari sebutir buku, pengalamanlah yang banyak mengajar agar bersabar sewaktu berdepan dengan makhluk Allah ini. Dengan sabar dan tegas memberi amaran dan mendakwahi mereka agar berubah menjadi hamba Allah yang menerima Islam dan seluruh undang-undang kehidupan sebagai muslim. Tegas untuk saya katakan, bahawa orang yang mengatakan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia adalah manusia yang tidak diberi rahmat oleh Allah untuk berkenalan dengan makhluk yang satu ini. Ia bukan dalil dari Al Quran, jauh sekali diucap oleh seorang Nabi.

Taklif atau tanggungjawab jin dan manusia adalah sama, dan mereka diletakkan di atas satu neraca iman dan amal yang sama: Syurga atau Neraka. Sebab itu Al Quran mengiktiraf kewujudan jin dengan satu nama Surah bermaksud Al Jin pada juzu ke-29 seperti mana Al Quran menceritakan perihal manusia pada Surah Al Insan. CUMA, bezanya kedudukan hierarki jin di alam ini seperti mana yang Allah ciptakan adalah di bawah manusia, kerana itu di alam jin tidak Nabi atau Rasul. Yang ada cuma Islam atau Kafir. Dan sebagaimana perangai manusia, jin ada yang jahat dan ada yang baik. Jadi usah pelik jika wujudnya jin Islam yang menjadi jin sihir, kerana di alam manusia sendiri ada muslim yang tidak pernah bersolat.

Dalam rawatan, saya pernah mengambil kesempatan berbual dengan satu jin yang dipaksa oleh bomoh dan diikat dalam badan pesakit. Saya tegaskan sekali lagi, jin Islam ini telah dipaksa. Jangan pelik jika ada jin yang dipaksa, kerana mereka juga ada yang lemah dan ada yang kuat. Terutama jin kanak-kanak ataupun yang sudah tua. Mudah sekali ditangkap oleh bomoh atau pengamal ilmu hitam yang bertuankan Iblis, satu lagi makhluk yang lebih kuat dari jin. Saya bertanya perihal sebaik-baik manusia sejahat-jahat jin, beliau yang bernama Abd Rahman meminta saya ini yang beristighfar. Katanya, jika ayat tersebut benar. Cuba fikir, setiap yang baik pasti ke syurga dan yang jahat ke neraka. Adakah manusia yang dikatakan baik tadi apabila tidak pernah solat akan ke syurga dan jin Islam yang dikatakan jahat ini sekalipun beramal soleh akan tetap ke neraka?

Perbualan dan pengalaman yang saya lalui dari hari ke hari dalam dunia rawatan membuat saya melayan jin seperti saya melayan manusia. Seperti manusia juga apabila berkata-kata banyak yang menipu, pasti jin juga seperti itu. Namun tidak bermakna semua yang dikata oleh mereka adalah tipu semata-mata. Ada juga kebenaran dan ibrah yang boleh diambil. Jadi usahlah terlalu prejudis atau takjub dengan mereka, kerana mereka tidak ada beza dengan manusia. Juga berhati-hati, jangan terlalu percaya. Wasatiyyah lah dalam mengeluarkan sebarang perkataan, kerana boleh jadi cabul mulut membuat keluarga atau diri merana. 

Ketika saya sedang menulis ini pun, ada jin yang hadir untuk membaca. Semoga manfaat bersama untuk menjelaskan kekeliruan besar disebabkan kurangnya pendedahan yang bersifat neutral seperti ini. Moga Allah memberkati. J

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites