Follower Links

ILuvIslam.

I Luv Islam.

Al Quran

Andai pernah kau genggam, jangan sekali kau lepaskan.

Majalah Gen Q/ Edisi ke 23- Julai 2013.

Wawancara tentang dunia Huffaz professional dan liku-liku perjalanan mendaki bongkah kedoktoran.

Al Fatihah buat Ayahanda.

Allah ampuni dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku.

Ibnu Sabil.

Bersiaplah dengan ilmu untuk peperangan kejahilan yang tidak berkesudahan.

Life without Quran.

Is like a ship without a COMPASS.

Dakwah adalah cinta.

Dan cinta akan menuntut semuanya dari dirimu.

Bacalah!

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Kata-kata Imam Syafie.

Sebaik ilmu adalah Al Quran.

Sampaikan yang benar.

Berkatalah walaupun pahit.

Sailing a LIFE.

It's OK not to be PERFECT.

Friday 20 September 2013

Kedoktoran: Pandang rintik hujan, bukan pelangi yang mengasyikkan.

Secubit rasa di sebalik sebutir perkataan “Kedoktoran” ingin hamba kongsikan, di kala rasa secubit inilah yang menjadikan masam manis laluan kehidupan. Ramai orang melihat warna pelangi di kaki awan, lalu dalam pegun mereka terlupa bahawa yang menghadirkan pelangi tadi adalah rintik hujan.

Begitu juga bidalan hamba untuk episod kedoktoran, di kala orang teruja dengan kejayaan yang kita miliki sehingga merasakan kita berjaya kerana kita hebat, bertuah atau apa apa sahaja yang biasa kita dengar. Tanpa mereka tahu,  mengapai awan di puncak kedoktoran dilalui dengan titis peluh dan airmata. Lebih terasa kesakitan apabila kita melalui daerah ini keseorangan, kerana dunia “research” (dengan izin) adalah satu daerah paling sepi dan sunyi dalam episod dunia sarjana. Daerah yang jatuh bangunnya adalah sendirian, penat dan memeritkan.

Ada waktu semangat berkobar setinggi gunung, melepasi sejuta halangan mendatang. Adakala ia gugur ke bumi sekering daun, mengikut lintuk-lintuk angin petang. Kering. Lesu dan tak bermaya.

Daerah kedoktoran adalah daerah jiwa yang sebenar. Ada yang awalnya tumbang, ada yang tersungkur di pertengahan..dan ada yang terus hilang tanpa jejak perjalanan. Tapi itu hanya sebahagian cerita keperitan, namun segala keperitan yang dilalui akan ada bayaran. Sebutir topi sarjana bulat di pentas penganugerahan, itulah ultimate kepuasan.

Dan hamba yang masih teraba-raba mencari kekuatan, menghabiskan sisa perjalanan yang memeritkan. Di kala tuan-tuan hanya memahami kedoktoran pada sejemput nama dan kebanggaan, musafir-musafir ilmu seperti hamba mendapatinya ia hanya seperti perjalanan di lautan. Hanya matahari dan bintang jadi panduan. Jika diibaratkan menuntut ilmu seperti jihad maka hamba rasa itulah kebenaran. Jihad termasuk dalam mengorbankan masa dan usia untuk sesuatu yang bermanfaat buat ummat, demi memastikan penyebaran dan pengembangan ilmu sejagat.

Bagi yang sedang memasang niat untuk menyambung kedoktoran, Ahlan..selamat datang ke daerah jiwa yang memenatkan. Pastikan di permulaan sudah dibekalkan semangat walau cuma segenggam, pegang erat ia sehingga ke hujung perjalanan. Senyum. ;)

Monday 9 September 2013

Akademi Huffaz



Bismillahirahmani Rahim.
Pernah menyimpan niat untuk menghafal Quran? Tetapi tidak tahu cara dan bagaimana untuk bermula..
Rasa nak menghafal? Tetapi tidak tahu mampu atau tidak..
Teruja untuk menghafal Al Quran, tetapi tidak berada di landasan sekolah atau dunia Al Quran seperti orang lain?
Masuk kelas Tahfiz kena bayar?

Tidak perlu kalian risaukan bayaran upah atau seumpamanya, rezeki yang Allah bagi sudah cukup untuk saya menampung kehidupan harian saya. Tidak perlu sebarang upah atau imbuhan, FOC (Free of Charge)? Yup, FOC.. Saya lakukan demi Allah, jika kalian ingin mnyertai sebahagian dari mereka yang sudah bermula menghafal bait-bait Al Quran.
Berapa banyak perlu dihafal adalah bergantung kepada kemampuan kalian, anda sendiri akan letakkan target mingguan berdasarkan masa dan kemampuan individu. Prinsip menghafal bukan sebarapa banyak yang kita boleh menghafal, tetapi seberapa banyak yang kalian mampu kekalkan ingatan. Tidak mengapa hanya menghafal cuma sekadar juzu’ Amma (30), tetapi kalian mampu kekalkan ingatan. Itulah yang akan memberi syafaat di akhirat nanti.
Biar saya ringkaskan syarat dan terma untuk join bersama kami:
  • Perlu tasmik paling kurang seminggu sekali, hari/masa yang available boleh dibincangkan bersama.
  •  Berapa banyak muka surat? Terpulang pada kemampuan.
  • Tidak perlu bertemu untuk tasmik (perdengarkan) bacaan, kami sudah memanfaatkan teknologi seperti Skype, Yahoo Messenger etc.Semuanya percuma. Paling tidak, telefon boleh digunakan.
  •  Kalu tidak mampu tasmik hafalan baru untuk minggu tersebut, boleh murajaah (ulang baca) hafalan sebelumnya untuk memastikan pengekalan hafalan.
  • Dan mohon kalian luangkan sedikit masa untuk meng’emel’kan saya butir peribadi untuk di proses seperti :
o   Nama
o   Pekerjaan: (kalau student, maklumkan sahaja student.)
o   No telefon
o   Cara untuk tasmik: Skype/ YM/ Telefon
o   Target hafalan tahun ini: (Sejuzu’/ 5 juzu’/10juzu’) etc.
o   Dan hantarkan ke safwan.alhafiz [at] gmail.com
  • Sedikit disiplin dan kemahuan untuk diadun menjadi ramuan dan penawar ;)

Dan demi Allah, saya cukup bangga untuk membantu saudara/ saudari saya menjadi salah seorang penghafaz Al Quran yang dicintai oleh Allah, para malaikat dan dihormati oleh sekalian makhluk langit dan bumi. Cukuplah beralasan sibuk/ tidak ada masa. Itu semua alasan untuk menyedapkan perasaan kita sendiri, hakikatnya bekalan mati itu perlu diisi bermula hari ini. Jangan sia-siakan peluang.

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites