Follower Links

ILuvIslam.

I Luv Islam.

Al Quran

Andai pernah kau genggam, jangan sekali kau lepaskan.

Majalah Gen Q/ Edisi ke 23- Julai 2013.

Wawancara tentang dunia Huffaz professional dan liku-liku perjalanan mendaki bongkah kedoktoran.

Al Fatihah buat Ayahanda.

Allah ampuni dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku.

Ibnu Sabil.

Bersiaplah dengan ilmu untuk peperangan kejahilan yang tidak berkesudahan.

Life without Quran.

Is like a ship without a COMPASS.

Dakwah adalah cinta.

Dan cinta akan menuntut semuanya dari dirimu.

Bacalah!

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Kata-kata Imam Syafie.

Sebaik ilmu adalah Al Quran.

Sampaikan yang benar.

Berkatalah walaupun pahit.

Sailing a LIFE.

It's OK not to be PERFECT.

Sunday 20 July 2014

Gaza 2014: Pelajaran dari Palestina

Alhamdulillah, berjaya sudah melunaskan penulisan jurnal dan juga kertas kerja conference akhirnya sebelum menikmati cuti hari raya yang bakal tiba. Tanggungjawab akademik saya letakkan ke tepi, menyelusuri perkembangan terkini berkenaan peperangan di Palestin dan juga tragedy MH17 (pesawat MAS) yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia. Sewaktu menerima berita tragedy ini, serasa separuh perasaan terbang. Sekali lagi Malaysia diuji selepas MH307. Al fatihah buat penumpang dan anak kapal yang beragama Islam dan takziah secara amnya.

Apa yang lebih menarik minat waktu ini, adalah peperangan di Palestin. Ketika pejuang Palestin sedang bermatian-matian bertahan daripada serangan IsraHell. Saya mengikuti penuh minat perkembangan perang ini, dengan doa dan airmata moga Allah mempermudahkan jalan kemenangan buat tentera dan saudara-saudara Islam di sana. Edisi perang kali ini amat berlainan, pasukan pejuang-pejuang Palestin bergabung termasuk Hamas melalui Izuddin Al Qasam, Saraya Al Quds, Fatah melalui Briged Al Aqsa dan beberapa briged lagi membentuk satu ketumbukan pejuang yang sangat menakutkan penyerang IsraHell yang kini mula menagih talian hayat Mesir, supaya mengadakan genjatan senjata.  Aneh, bagaimana pembuli dan pencabul yang mula merintih mahukan pembelaan selepas serangan balas pejuang yang selama ini sangat bersabar dengan kezaliman mereka.
Hitam Tulisan Putih : Briged Al-Aqsa : Sayap Tentera Fatah
Hijau : Briged Al-Qassam : Sayap Tentera Hamas
Merah : Briged Abu Ali Mustafa : Sayap Tentera Pembebasan Rakyat Palestin
Hitam Tulisan Kuning : Briged Saraya Al-Quds : Sayap Tentera Jihad Islam Palestin
10 syarat Hamas untuk gencata senjata.

Saya menganalisa perang Palestin dan penjajahnya, IsraHell dengan penuh ketakjuban. Perang kali ini bukan sahaja memberi nafas baru dan sinar fajar untuk pembebasan Aqsa, malah ia telah memberi didikan buat umat yang tertidur sekian lama. Mesej paling jelas Palestin kepada dunia Islam adalah, bagaimana sabar dan tsabatnya para pejuang dalam menghadapi perang ini. Bagaimana persediaan mereka di kala dunia penuh bisu menafikan hak mereka, namun mereka bangkit dengan segala kecanggihan senjata dan roket yang kini sudah melepasi Tel Aviv malah sudah mendarat di Bandar Nahariya, wilayah paling hujung di utara IsraHell dengan roket R160 (Rantisyya 160km).


Drone Ababeel
Bagaimana sebuah negara tertindas dengan kenaifan logistic perang bangkit menghasilkan teknologi ketenteraan yang begitu menakjubkan, sedang IsraHell yang bertahun mencanangkan bahawa mereka mempunyai military logistic yang 1st class akhirnya terkial-kial menahan bedilan dan hujan roket dari genting Gaza. Malah Iron dome mereka yang dikatakan canggih pun tidak mampu menafikan kehadiran roket-roket dari Gaza. Belum lagi dikira dengan kemampuan Hamas mencipta Drone2 yang dinamakan Ababeel yang berjaya menembusi dan merisik tanah jajahan IsraHell. Dan bagaimana mereka memiliki kepelbagaian komando termasuk yang terbaru Komando Amfibia yang sama sekali tidak dijangka oleh musuh mereka.


Dan seluruh Palestin hari ini telah menjadi sekolah kehidupan buat seluruh umat di segenap benua, mereka mengajar manusia tentang dunia yang dikejar bakal hilang sekelip mata apabila perang menyinggah. Sekaligus hancur musnah, termasuk nilai nyawa dan kemanusiaan. Dan mereka mengajar manusia kembali kepada ketuhanan, bila mana hanya Tuhan menjadi sandaran dalam setiap detik kehidupan. Pelajaran paling bermakna ini mereka catatkan dengan darah mereka sebagai pena, sehingga seluruh umat mula bangkit dan bersatu. Dan tiada kemenangan mampu diraih tanpa wujudnya keimanan yang mantap dan penyerahan seluruh jiwa raga pada Yang Maha Esa. Sehingga mereka yang ingin berjuang ditapis dan dipilih berdasarkan kejituan dan kemantapan rohani sebelum menjadi pejuang di bumi Palestin.
Palestin yang tertindas dan kejahatan zionist dalam Al Quran (Surah Isra)
Hikmah demi hikmah ini membuat saya mengalirkan airmata, Maha Suci Allah yang Mencipta Seluruh Alam. Seluruh jiwa terasa dibangunkan, seperti terbangunnya jasad dari lena malam. Menyelak satu persatu dalam tadabbur surah demi surah, janjiNya hampir tiba. Dan terasa kerdilnya jiwa ini mengadap Yang Maha Esa, Allah agungnya Engkau. Dalam pinta memohon kemenenangan, berselang pinta memohon keampunan. Terlalu banyak masa dihabiskan untuk kecintaan dunia, sehingga terlupa akan pertemuaan dengan Tuhan Yang Maha Esa. Alangkah hebatnya mereka yang syahid di jalanNya, barangkali berjalan penuh bangga menemui Pencipta. Sedang kita penuh ghairah mengejar dunia, memenuhkan tengkolok nafsu semahunya seolah kita hidup selamanya. Hari ini sujud sepenuh jiwa, dan deraian air mata membanjiri pipi. Dalam kudus memohon kemenangan buat pejuang, dan penuh silu memohon keampunan Tuhan. Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku di Palestin.
And my tribute to Palestina and all of our brothers and sisters out there, you and your fight has teaches us about the meaning of life. Your pains and bloods will not be simply ignored, we’ve heard your calling for help. And we already answered it in our du’a, and we send you guys everything which possible. Money, foods, clothes and absolutely our prayers for Allah to help you and ease your pains. Only if, we can go there, sitting with you, feel whatever you feels. Sure we want to, but sorry Gaza. We just being denied by our bureaucracies, leaving us with no option. But one day will come, we will join you no matter what it costs. To free Aqsa and our brother’s land, Palestin! 


Tuesday 8 July 2014

Segmen Baru: Rawatan Islam

Beberapa waktu ini saya diminta untuk berkongsi tentang rawatan Islam, tentang bagaimana sihir dan kesannya kepada kita. Juga ada yang meminta untuk saya bercerita tentang pengalaman bagaimana saya merawat. Apapun In shaa Allah, saya akan buka satu segmen di blog ini untuk menulis tentang rawatan Islam. Semoga ia bermanfaat kepada semua.

Antara permintaan melalui FB.
In shaa Allah. Saya buka dulu topik, nanti ada kelapangan akan saya huraikan satu persatu mengikut kesesuaian dan keadaan.

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites