Follower Links

ILuvIslam.

I Luv Islam.

Al Quran

Andai pernah kau genggam, jangan sekali kau lepaskan.

Majalah Gen Q/ Edisi ke 23- Julai 2013.

Wawancara tentang dunia Huffaz professional dan liku-liku perjalanan mendaki bongkah kedoktoran.

Al Fatihah buat Ayahanda.

Allah ampuni dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku.

Ibnu Sabil.

Bersiaplah dengan ilmu untuk peperangan kejahilan yang tidak berkesudahan.

Life without Quran.

Is like a ship without a COMPASS.

Dakwah adalah cinta.

Dan cinta akan menuntut semuanya dari dirimu.

Bacalah!

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Kata-kata Imam Syafie.

Sebaik ilmu adalah Al Quran.

Sampaikan yang benar.

Berkatalah walaupun pahit.

Sailing a LIFE.

It's OK not to be PERFECT.

Saturday 21 December 2013

Sarjana/ Master: Dilema research atau coursework

Serasanya eloklah pengalaman ini dikongsi, buat membantu adik-adik atau tuan/puan di luar sana yang dalam dilema ketika niat di hati ingin menyambung pengajian ke pasca ijazah. Research atau coursework, mana yang lebih baik?

Setelah melalui sendiri bidang pengajian peringkat sarjana (master) dan memasuki gerbang pHd, saya lebih menasihati kalian agak mengambil coursework atau mix mode (research + coursework) di peringkat sarjana. Ada beberapa sebab yang akan saya highlightkan:
  • Lebih jelas perjalanan pengajian
  • Berdisiplin untuk menghabiskan pengajian kelas
  • Lebih banyak ilmu yang boleh dipelajari
  • Mengurangkan risiko keciciran atau terkandas
  • Lebih mudah dan cepat dalam menghabiskan pengajian
  • Lebih penting, “master your knowledge”
Kelemahan jenis pengajian research di peringkat sarjana:

  • Anda perlu disiplinkan diri sendiri (tiada kelas/tiada siapa tahu anda hidup atau mati..hehe)
  • Tiada siapa faham research anda, dan mudah untuk lost a.k.a hilang arah
  • Majoriti gagal menghabiskan master dalam masa yang diberi
  • Peluang untuk terkandas sangatlah tinggi
  • Anda kehilangan peluang paling mahal, iaitu me’masterkan ilmu yang sepatutnya’.
Sebenarnya banyak untuk saya highlightkan, tetapi semua yang saya sebutkan di atas adalah symptom biasa yang menimpa ramai kawan-kawan dan senior-senior saya. Percayalah, di peringkat sarjana research anda tidak diiktiraf pun. Hatta peringkat pHd pun begitu, melainkan anda sudah mendapat title Doctor.


Adapun jika anda benar-benar berminat untuk membuat research, sambunglah sehingga ke peringkat phD. Sebab research peringkat master dan phd sama sahaja keadaan kesukarannya, jadi mengapa membuang masa terlalu lama di peringkat master atau sarjana. Saya sendiri graduate mix mode, dan menghabiskan sarjana saya hanya dalam dua sem (sepatutnya 3 semester). Dan menyambung pHd dalam semester ketiga (sepatutnya).

Anda fikir research di peringkat master boleh menambahkan lebih banyak ilmu anda? Anda silap, apa yang anda tahu dan pelajari hanyalah apa yang berkaitan research anda. Tidak ada penambahan ilmu atau kepakaran, sebab anda tidak akan diajar disiplin ilmu-ilmu lain. Jadi kalau benar-benar juga berminat dengan research, amik sahaja coursework atau mix mode di peringkat sarjana dan sambunglah research di peringkat pHD. Why not?

Rasanya cukuplah tu, nanti saya postkan bagaimana pula cara untuk memilih bidang kajian di peringkat pHd dan memilih university mengikut keinginan anda. All the best, masters. ;)

Friday 20 September 2013

Kedoktoran: Pandang rintik hujan, bukan pelangi yang mengasyikkan.

Secubit rasa di sebalik sebutir perkataan “Kedoktoran” ingin hamba kongsikan, di kala rasa secubit inilah yang menjadikan masam manis laluan kehidupan. Ramai orang melihat warna pelangi di kaki awan, lalu dalam pegun mereka terlupa bahawa yang menghadirkan pelangi tadi adalah rintik hujan.

Begitu juga bidalan hamba untuk episod kedoktoran, di kala orang teruja dengan kejayaan yang kita miliki sehingga merasakan kita berjaya kerana kita hebat, bertuah atau apa apa sahaja yang biasa kita dengar. Tanpa mereka tahu,  mengapai awan di puncak kedoktoran dilalui dengan titis peluh dan airmata. Lebih terasa kesakitan apabila kita melalui daerah ini keseorangan, kerana dunia “research” (dengan izin) adalah satu daerah paling sepi dan sunyi dalam episod dunia sarjana. Daerah yang jatuh bangunnya adalah sendirian, penat dan memeritkan.

Ada waktu semangat berkobar setinggi gunung, melepasi sejuta halangan mendatang. Adakala ia gugur ke bumi sekering daun, mengikut lintuk-lintuk angin petang. Kering. Lesu dan tak bermaya.

Daerah kedoktoran adalah daerah jiwa yang sebenar. Ada yang awalnya tumbang, ada yang tersungkur di pertengahan..dan ada yang terus hilang tanpa jejak perjalanan. Tapi itu hanya sebahagian cerita keperitan, namun segala keperitan yang dilalui akan ada bayaran. Sebutir topi sarjana bulat di pentas penganugerahan, itulah ultimate kepuasan.

Dan hamba yang masih teraba-raba mencari kekuatan, menghabiskan sisa perjalanan yang memeritkan. Di kala tuan-tuan hanya memahami kedoktoran pada sejemput nama dan kebanggaan, musafir-musafir ilmu seperti hamba mendapatinya ia hanya seperti perjalanan di lautan. Hanya matahari dan bintang jadi panduan. Jika diibaratkan menuntut ilmu seperti jihad maka hamba rasa itulah kebenaran. Jihad termasuk dalam mengorbankan masa dan usia untuk sesuatu yang bermanfaat buat ummat, demi memastikan penyebaran dan pengembangan ilmu sejagat.

Bagi yang sedang memasang niat untuk menyambung kedoktoran, Ahlan..selamat datang ke daerah jiwa yang memenatkan. Pastikan di permulaan sudah dibekalkan semangat walau cuma segenggam, pegang erat ia sehingga ke hujung perjalanan. Senyum. ;)

Monday 9 September 2013

Akademi Huffaz



Bismillahirahmani Rahim.
Pernah menyimpan niat untuk menghafal Quran? Tetapi tidak tahu cara dan bagaimana untuk bermula..
Rasa nak menghafal? Tetapi tidak tahu mampu atau tidak..
Teruja untuk menghafal Al Quran, tetapi tidak berada di landasan sekolah atau dunia Al Quran seperti orang lain?
Masuk kelas Tahfiz kena bayar?

Tidak perlu kalian risaukan bayaran upah atau seumpamanya, rezeki yang Allah bagi sudah cukup untuk saya menampung kehidupan harian saya. Tidak perlu sebarang upah atau imbuhan, FOC (Free of Charge)? Yup, FOC.. Saya lakukan demi Allah, jika kalian ingin mnyertai sebahagian dari mereka yang sudah bermula menghafal bait-bait Al Quran.
Berapa banyak perlu dihafal adalah bergantung kepada kemampuan kalian, anda sendiri akan letakkan target mingguan berdasarkan masa dan kemampuan individu. Prinsip menghafal bukan sebarapa banyak yang kita boleh menghafal, tetapi seberapa banyak yang kalian mampu kekalkan ingatan. Tidak mengapa hanya menghafal cuma sekadar juzu’ Amma (30), tetapi kalian mampu kekalkan ingatan. Itulah yang akan memberi syafaat di akhirat nanti.
Biar saya ringkaskan syarat dan terma untuk join bersama kami:
  • Perlu tasmik paling kurang seminggu sekali, hari/masa yang available boleh dibincangkan bersama.
  •  Berapa banyak muka surat? Terpulang pada kemampuan.
  • Tidak perlu bertemu untuk tasmik (perdengarkan) bacaan, kami sudah memanfaatkan teknologi seperti Skype, Yahoo Messenger etc.Semuanya percuma. Paling tidak, telefon boleh digunakan.
  •  Kalu tidak mampu tasmik hafalan baru untuk minggu tersebut, boleh murajaah (ulang baca) hafalan sebelumnya untuk memastikan pengekalan hafalan.
  • Dan mohon kalian luangkan sedikit masa untuk meng’emel’kan saya butir peribadi untuk di proses seperti :
o   Nama
o   Pekerjaan: (kalau student, maklumkan sahaja student.)
o   No telefon
o   Cara untuk tasmik: Skype/ YM/ Telefon
o   Target hafalan tahun ini: (Sejuzu’/ 5 juzu’/10juzu’) etc.
o   Dan hantarkan ke safwan.alhafiz [at] gmail.com
  • Sedikit disiplin dan kemahuan untuk diadun menjadi ramuan dan penawar ;)

Dan demi Allah, saya cukup bangga untuk membantu saudara/ saudari saya menjadi salah seorang penghafaz Al Quran yang dicintai oleh Allah, para malaikat dan dihormati oleh sekalian makhluk langit dan bumi. Cukuplah beralasan sibuk/ tidak ada masa. Itu semua alasan untuk menyedapkan perasaan kita sendiri, hakikatnya bekalan mati itu perlu diisi bermula hari ini. Jangan sia-siakan peluang.

Thursday 22 August 2013

Bukan kerna nama

Menyambung pengajian seawal ini ke peringkat kedoktoran bukan untuk mengejar nama, apa lagi mengimpikan lumayannya gaji memiliki grade 51/52. Barangkali orang lain mungkin mengejar ganjaran seperti ini, tapi hamba di sini berlari dari sesuatu yang mengejar diri naïf ini.


Tidak pernah terlintas sekalipun di kotak kecil minda ini untuk menyambung pelajaran di kala diri sudah tercungap-cungap mengheret tubuh kerdil menamatkan larian ijazah yang sudah separuh nyawa. Berkhidmat pula di bahagian projek yang menonjolkan wang mudah ribuan membuat hati tertawan, lalu siapa tahu hasrat silam cuma tinggal kenangan.

Satu benda yang hamba lari, iaitu kesibukan. Dan kejauhan dari Al Quran membuat diri terasa kerdil, saban hari termangu di meja pejabat menyiapkan urusan dunia..projek..projek..demi projek..tidak pernah ada kesudahan. Client silih berganti, hari berganti hari..umur meningkat sedang amal tidak ke mana.

Kesibukan mencampak hamba di sini, di daerah asing ilmu. Dari dunia sarjana terus maju ke dunia kedoktoran, di kala hamba sendiri ternganga-nganga. Benarkah secepat ini laluan kehidupan, aturan tangan Tuhan memuktamadkan segalanya. Demi Al Quran, dalam sukar hamba memejamkan mata. Tinggal semuanya, janji kemewahan, gaji lumayan, dunia yang menyeronokkan, teman-teman yang menghiburkan..

Yang ada kini, bilik sedepa cuma.. sebutir meja dan kerusinya, beberapa buku dan naskhah kajian sarjana dan kedoktoran..jurnal yang menimbun tingginya, laptop tua, senakhah Al Quran dan sebuah tafsir pinjaman cuma. Saban pagi menghadap buku dan jurnal sehingga ke petang, malamnya terisi dengan Al Quran. Samada murajaah atau mengemaskan hafalan yang terlupa. Itulah kepuasan.

Pada hamba, sarjana atau kedoktoran tidak memberi sebarang lambang atau makna. Isi yang sebenarnya adalah Al Quran di dada, kerana mati hamba tidak ditanya berapa gulung ijazahnya.

Saturday 20 July 2013

gerilla






















Thursday 18 July 2013

Pesan seorang murabbi.

Ketika kami sedang mengikuti madah Tafsir, Kitab Fi Zilalil Quran. Murabbi yang mengajar ini orangnya hebat dan disanjungi, mempunyai gaya tokoh seorang ulama’. Usai sahaja maqra’ pengajian hari itu, beliau menyampaikan satu pesan:

“Jangan letak kitab lain di atas Al Quran. Kitab Laws ka, medik ka, akauntan ka..semua tak boleh”

Lalu kami yang ilmu setitik ini bertanya: “Maksud ustaz?”

Katanya yang hafaz Al Quran jangan cari pasangan yang tidak memiliki Al Quran. Sebaiknya pilih yang menghafaz Al Quran walau cuma beberapa surah, kalau sudah terjodoh..maka ajarkan pasangan itu menghafaz Al Quran, baru baiah solehah ada keberkatan dunia dan akhirat.

Sebelum memilih pasangan, tanya dahulu pasangan adakah ada menyimpan niat atau tidak untuk menghafaz bait-bait Al Quran. Jika jawapan yang diberi mengecewakan, berundurlah dan carilah yang lebih baik. Setiap benda baik memerlukan kesabaran, pepatah arab “ Innama Nasr as sabrus Sa’ah” Sesungguhnya pertolongan itu (akan tiba) pada kesabaran (walau) sesaat.


Pesanan ini menurut murabbi, lebih dititikberatkan kepada seorang Hafizah. Kerana siapa suaminya akan menentukan cara hidupnya, dan cara hidupnya bakal menentukan apa nasib Al Quran di dada.

#Pesanan 9 tahun yang lalu (2004).


Tuesday 18 June 2013

Pic


































Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites