Follower Links

ILuvIslam.

I Luv Islam.

Al Quran

Andai pernah kau genggam, jangan sekali kau lepaskan.

Majalah Gen Q/ Edisi ke 23- Julai 2013.

Wawancara tentang dunia Huffaz professional dan liku-liku perjalanan mendaki bongkah kedoktoran.

Al Fatihah buat Ayahanda.

Allah ampuni dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku.

Ibnu Sabil.

Bersiaplah dengan ilmu untuk peperangan kejahilan yang tidak berkesudahan.

Life without Quran.

Is like a ship without a COMPASS.

Dakwah adalah cinta.

Dan cinta akan menuntut semuanya dari dirimu.

Bacalah!

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Kata-kata Imam Syafie.

Sebaik ilmu adalah Al Quran.

Sampaikan yang benar.

Berkatalah walaupun pahit.

Sailing a LIFE.

It's OK not to be PERFECT.

Sunday, 18 May 2014

Research Proposal: Versi sempoi biar HEBAT.

Bismillahirrahmani Rahim.

Menunaikan janji lama, pernah saya katakan dulu saya akan menyambung post berkaitan bagaimana untuk melanjutkan pelajaran ke pasca ijazah (sarjana/ kedoktoran). Mulanya saya ingat post seperti itu tiada sambutan, namun pemerhatian saya pada statistic post rupanya ramai yang google dan masuk ke post berkenaan. Maka alangkah ruginya jika pengalaman perjalanan di daerah kedoktoran ini saya tidak kongsikan bersama, membantu sekadar yang termampu.

Atas keinginan ini, maka seharusnya saya menunaikan janji dan membantu adik adik mahupun tuan puan, yang masih tercari-cari jalan untuk bermula di laluan academia ini. Saya dulu seperti tuan/puan juga, teraba-raba mencari ke mana ingin dituju. Tertanya-tanya apa harus dilakukan. Dan yang paling penting, bagaimana untuk bermula.

Kembali kepada topik, menyambung pengajian ke pasca ijazah atau lebih tepat menjadi sebahagian ilmuan adalah suatu yang sangat mendalam ertinya bagi musafir-musafir ilmu yang begitu menikmati cabaran dan rintangan di sana. Persediaan mental dan knowledge adalah dua benda yang amat perlu, jangan masuk ke daerah ini dalam keadaan buta (tanpa sebarang pedoman). Jangan expect laluan seperti ini mudah, atau lebih malang jika keinginan belajar sekadar untuk menaikkan nama. Jangan sekali-kali.

Saya gariskan di sini beberapa langkah yang pernah saya lalui:

z  1. Jadikan experience kerja, previous research (waktu master jika ada) atau pengetahuan sedia ada terhadap bidang yang ingin disambung sebagai foundation dalam study. Cari skop yang paling menarik minat untuk dikaji, atau kalian mempunyai interest tersendiri terhadap sesuatu kajian mahupun penemuan. Skop atau interest tersebut,perlu tulis di atas kertas. Gunakan bahasa teknikal bagi bidang tersebut, sekiranya medic/laws/architecture/surveyor/planning etc pasti ada bahasa teknikal mereka sendiri. Conteng atau lorek, apa sahaja yang boleh mengembangkan pengetahuan kalian. Jangan simpan di otak!
INGAT! MIND MAPPING SANGAT PENTING.

2    2. Ok, pastikan sudah siap 1st mind mapping. Kenapa perlu mind mapping? Sebab otak anda pada waktu ini perlu di ’visualize’ kan, arahan pertama untuk otak bawah sedar berfikir dan menghadam maklumat. Work smart ok! Dari mind mapping, kalian akan jumpa sesuatu yang pasti tidak pernah terfikir. Terus kembangkan idea.

3   3. Setiap bidang akan ada major (pengkhususan) atau specialization. So what your major or specialization. Jika saya, bidang saya adalah transport dan logistic. Dan major saya atau pengkhususan saya adalah vehicle emission. So focus saya dalam bidang transport lebih kepada carbon emitted by vehicles. So daripada wide/general, now saya dah lebih focus. Ingat PhD atau master, your research not to solve the world problems. Ok?!

4   4. From that, try to thinks. What is in ur mind? What u r really gonna do?
Blur? Ok jom saya ajar teknik reverse! Pertama-tama sekali, bila kalian buat mind mapping pasti kalian tahu apa problems atau issues yang kalian nak solve kan. Pasti tahu! Jangan menipu, hehe. Ok, jawab balik soalan saya. Dari issue tadi, apa yang kalian boleh solve? Contribution kalian apa? Atau kata lain, result dia apa nanti yang kalian ingin prove? Output dia apa nanti dari your research? That’s will becomes your research topic. Simple kan?! New Output/contribution/ new model/ kpi/ standards/ module yang kte suggest itulah patot jadi tajuk research kte. 

So, ble orang baca tajuk research orang dah nampak dah apa yang kte nak buat. Bijak tak, tu teknik terbaik untuk tackle your examiners nanti. Ingat, dia orang mmg complete ignorance dengan your research. So, don’t make them blur just like you’re in the beginning. Your research topic is your image in study! They’re reflecting everything without you need to say a word. Wow!
Buat MODEL/OUTPUT, kemudian start working secara backward. Scramble ur model!

5   5. Dari research title, kalian dah bleh start scramble the puzzles. Topik ibarat model, dari model kte huraikan ia jadi part by part. Macam sebijik kereta, dari kereta kte start huraikan komponen engine, tayar, bumbung, pintu etc dan sort it out mengikut diorang punya class or category. Komponen itu adalah element dalam thesis, manakala setiap elements akan ada pecahan kategori atau class tersendiri.

a    So, ble anda working reverse macam ni. Your research should be clearer, dan kalian akan tahu apa yang perlu study apa yang tidak. Data apa yang perlu, methods apa yang bleh guna, apa yang perlu diperbaiki. Sebab kalian akan build balik model tadi yang telah anda pecahkan menjadi puzzle. So, trust me. You will not be wasting your times study literature yang merapu-rapu, xperlu collects data yang at the end dia xperlu pakai atau tak boleh guna.

7   6. Bila dah sampai ke step ni, kalian akan dapat rasa perjalanan sudah lebih cerah. Fokus kepada output, then start walking backward. Study and master in every elements involved in ur thesis, spend time only things that need u most. Kesukaran atau kepenatan membaca adalah perkara biasa. So keep reading and exploring your niche and research area. Ingat, hanya focus yang berkaitan dengan research sahaja.
Lepas tu, leh la main facebook lelama sikit. Hehe. :p

8   7. Start writing your proposal. Perkara yang wajib ada dalam setiap research proposal:
a.       Background study
b.      Problem statements
c.       Research Questions
d.      Aims and Objectives (objectives max 5 even untuk phd: banyak sangat takot kalian xmampu achieve.)
e.      Research Gap.
f.        Theoretical Framework
g.       Research Design
h.      Research Gan Chartt
i.         Significance of research
j.        Expected Contribution
k.       References
9    8.Sebenarnya, jika bila kalian sudah menguasai steps 1 sampai 5, amatlah mudah untuk anda menyiapkan proposal. Sebab kalian sudah tahu untuk bergerak menuju ke mana, sudah tahu apa yang perlu apa yang tidak. Jadi sekalipun masa terhad, percayalah kalian mampu untuk menyudahkannya. Proposal adalah penting untuk full research master mahupun PhD, di situlah akan dinilai oleh bakal supervisor tahap pemahaman dan tujuan research.

Ingat, dalam research kalian, kalianlah yang lebih tahu. Supervisor mungkin akan mempengaruhi sedikit sahaja anda jika anda sudah menguasai research. Tetapi berhati-hati, apabila anda sendiri tidak memahami research anda bagaimana untuk anda expect orang lain akan memahami anda. Pastikan kalian benar-benar menguasai step penting 1-5.

Saya dah jumpa banyak rakan atau senior yang sangat lost dekat part ni, menghabiskan masa kepada benda yang xperlu. Mujurlah saya belajar teknik ni dari supervisor yang sangat budiman, Dr Zaly Muhammad Shah. Terima kasih tidak terhingga untuk pensyarah saya, jadi ilmu ini saya kongsikan di sini pula supaya ia terus berkembang. :)


Monday, 28 April 2014

Seasonal Muallij



Bismillahirahmani Rahim.

Alhamdulillah, masih bkesempatan untuk menulis. Kesibukan menyiapkan jurnal menghambat saya untuk memanfaati masa yang ada, baru hari ini mempunyai peluang untuk menulis di blog ini. Kala petang yang membosankan semalam, saya sempat menyiapkan satu video ketika melakukan proses rawatan.

Pesakit ini adalah pesakit yang telah disyaki menghidap ‘parkinson’ kerana kegagalan untuk mengawal gerakan dan getaran yang melampau pada kaki dan tangan beliau. Dua tahun mereka buntu tanpa penyelesaian. Rupanya dua tahun juga dia telah menerima saka hidup dari aki (atuk) nya, sehinggalah dia mula dirawat oleh saya dua bulan yang lalu. Oleh kerana video ini antara koleksi video berubat yang agak sopan, maka saya cuba edit dan trim part yang kurang enak.

Sekadar menyampaikan ibrah, bagaimana orang tua-tua lama menyimpan barang keramat yang dipuja dan dijampi untuk kelebihan-kelebihan tertentu. Membuang saka adalah proses amat sukar, tetapi paling puas hati. Kerana banyak benda yang kita tidak tahu kita akan belajar, sukarnya pula adalah kerana membuang saka memerlukan kekuatan sejati tubuh perawat untuk memujuk mahupun memaksa jin agar ikatan perjanjian saka dapat dipecahkan. Supaya ia tidak perlu diwariskan kepada keturunan seterusnya.

Kekuatan yang sebenar seorang perawat adalah terletak pada hatinya, di mana ia letakkan kebergantungan urusan sewaktu proses rawatan. Di sini biasa perawat akan teruji, ada perawat yang berbangga dengan kelebihan. Ada yang sekadar mencari seringgit dua buat upahan,ada perawat yang mencuba ilmu, ada perawat yang terpaksa menolong.

Banyak jenis perawat, bukan? Untuk menjadi perawat yang kukuh akidah dan tauhid amat sukar, namun usaha yang payah itulah yang membezakan kita dengan yang lain. Yang sukar mampu diselesaikan, yang garang boleh dipatahkan, yang ganas ditundukkan. Semuanya dengan rahmat Ar Rahman.




Video di youtube [tidak dapat diupload direct, mungkin sebab sy baru upload di youtube.]
Video di FB

Selamat menonton, ini antara koleksi video yang saya miliki. Memang kebiasaan merawat, saya akan meminta yang memerhati merakamkan video untuk memudahkan saya apabila pulang nanti untuk muhasabah kembali apa yang terjadi dan belajar membaiki segala kekurangan dan menambah ilmu baru. Sekadar sahaja dari diari seasonal muallij.

Video ini tidak menakutkan pun, saya dah tapis dan buang part-part yang kurang elok. :)
Wsalam.


Wednesday, 9 April 2014

Soalan keramat.

Setiap minggu saya akan menerima panggilan dari wanita ini, boleh dikatakan setiap dua hari saya akan dihubungi. Barangkali saya lebih lembab dalam menekan dail ke no beliau, menyebabkan beliau lebih dulu mendahului saya. Hihi.

Perbualan kami walau tidak ada apa yang penting, namun bertanya khabar sudah menjadi rutin perbualan. Setidaknya berbual meminta pendapat atau memberi pendapat. Dulu beliau sangat tegas, sehingga deheman beliau amatlah saya takuti. Terutama apabila saya yang nakal ini kerap sangat membuat kesalahan. Tetapi perbezaan zaman dan peningkatan umur membuat kami kian mesra, yea..seperti saya juga yang melihat zamannya sudah mula beransur berlalu.
“Harini buat apa?”
“Tak mengulang (murajaah Al Quran) ke hari ini?”
“Erk..Macam biasa, hee” Itu sahajalah jawapan spontan dari saya. Itulah soalan wajib dari bonda saya, walaupun usia saya sudah menginjak ke angka 26 tahun pada 2014 ini. Soalan ini tidak pernah missed dalam setiap perbualan kami.

Dan soalan itu saya mulai rindu, apabila beliau sudah berkurangan bertanya soalan itu. Sungguh, walau saya sudah setua ini. Saya masih merasakan saya ini anak kecilnya, mahu sahaja dilayani soalan-soalan lama untuk saya boleh terus bermanja dengannya. Dan soalan itu juga yang sentiasa membuat saya mengira perhitungan hari, di waktu manakah masa saya untuk Al Quran pada hari ini.

Soalan itulah yang membuat saya berdiri di mana kaki saya menginjak waktu ini lebih tinggi dari insan yang sebaya dengan saya. Kerana soalan itu, mengingatkan saya yang sering terlupa agar sentiasa meletakkan Al Quran di hati. Bila teguran dari bonda seperti ini saya terima, jiwa teras segar dan kembali bersemangat. Walaupun sudah rutin harian saya menjadikan Al Quran sebagai santapan pagi sebelum turun ke ofis sejak waktu bekerja dulu lagi. Lebih awal dari seteguk kopi yang turun membasahi halkum.

Antara pesan bonda setiap kali kami berborak, yang membuat saya sentiasa kelu lidah apabila mendengarnya:
“Kalu dah hafal Al Quran dan tidak istiqamah, Allah, besarnya laknat Al Quran ke atas kita. Kalau kita jaga Al Quran, sebenarnya Al Quran yang akan menjaga kita. Dan kita pula dapat tolong banyak orang dengan Al Quran, ramai yang ingin menumpang syafaat. Mek pun nak tumpang syafaat Quran tu jugak nanti. “ itulah ayat jampi  bonda buat si anaknya ini, sangat inspired dan motivate seluruh ruh dan jiwa saya. Setiap kali saya mendengarnya, setiap kali itulah serasa energynya mengalir padu ke hati ini.

Mek adalah panggilan kami anak-anak kampong buat seorang ibu, dan panggilan itu keramat. Kerana ia membuat kami sentiasa sedar dari mana kami bertapak. Nasihat inilah yang sentiasa saya tagihkan, peringatan buat menghidupkan hati. Walau dalam diam, jauh di sebalik telefon menitis juga airmata keharuan dan keinsafan. Pesanan buat jiwa yang mahu ingat, pedoman buat hati agar sentiasa tsabat.

Di belakang kejayaan lelaki ini, ada seorang wanita hebat yang menungkahnya. Dan dialah wanita itu di belakang langkahan kaki ini. :)
Hajah Aminah Abd Rahman (Minah Deraman), antara 40 penerima Ibu Mithali Kelantan 2007.

Sunday, 2 March 2014

Dunia dan isinya..lepaskanlah.


Bismillahi Allahu Akbar.

Lama beristirehat dari menulis dek kesibukan yang menghambat, melalui denai-denai suram yang penuh ranjau merintang. Kini sudah di tahun kedua kajian saya, dalam kudus berdoa agar kajian ini mampu dihabiskan tahun ini juga. Tempoh masa minimum yang perlu dipenuhi untuk graduate bagi PHD adalah dua tahun setengah. Dan saya menyimpan baki sem terakhir awal tahun hadapan hanya untuk viva dan correction.

Alhamdulillah, perjalanan ini terlalu pantas. Lebih pantas yang dari saya jangkakan, bukan bermakna ia laluan mudah. Namun seakan ada barakah dan rahmat di dalamnya, kesukaran dan kepayahan yang dialami walau tetap perit terasa, namun masa mengubatnya menjadi parut yang terukir indah. Allah, inilah keberkatan Al Quran.

Saya bukan Hafiz yang hebat ingatannya, yang cair dan lancar setiap juzu dan surah.Tetapi, saya adalah antara golongan Hafiz biasa, yang sentiasa berencah pulas untuk mempertahankan hafalan di dada. Sukar, Allah.. Bayarannya sangat mahal,pengorbanan demi pengorbanan perlu dilakukan. Dulu kesibukan dunia saya lepaskan demi kecintaan ini, ketika kerjaya menawarkan banyak benda..mata ini terpaksa dipejamkan dan melepaskan apa yang ada, tiada apa yang mampu membeli Al Quran di hati walau dunia mencurah emas dan menghampar lautan berlian.

Pesanan hamba buat teman di luar, hiduplah berprinsip dan genggamilah ia sekuat hati. Bila engkau terpaksa memilih salah satu, pilihlah yang menyelamatkanmu dan setia selamanya. Engkau bakal terjerat dengan permainan takdir, memilih kerjaya yang menyibukkan sehingga melupakan mutiara di genggaman. Sukar bukan, saya juga pernah melaluinya. Namun ingatlah, setiap perjalanan yang bermula akan ada penghujungnya. 

Di penghujungnya itu, kerjaya yang kau buru, harta yang kau timbuni, anak dan isteri yang kau cintai..kelak akan diganti, kau yang sudah meninggalkan mereka akan dilupakan. Seperti engkau yang melupai mereka yang sudah tiada, ingatan yang ada hanya bermusim. Lalu fahamilah.. Jadilah si bijaksana yang tahu apa yang sepatutnya lebih penting.

Jika kalian terpaksa melepaskan seluruh dunia dan isinya demi mempertahankan Al Quran, percayalah Al Quran tidak akan membiar kalian menderita. Huluran syafaatnya pasti ada, masa akan berjalan dan mengenalkanmu satu persatu yang dunia kini memburumu. Pesanan ini disampaikan kerana hati kotor ini sudah merasainya, apa yang pernah diburu sewaktu tika itu akhirnya kembali rapat mengekori. Ketika itu akan kau sedar, keperitan yang kau lalui nanti tidaklah sehebat ganjaran yang kau terima.

Adalah sukar untuk hamba memahamkan kalian manisnya perjalanan ini, melainkan kalian mula menelusuri laluan ini. Sabar yang seketika itu, menghadiahkan sejuta rahmat yang tidak ternilai. Untuk melepaskan dunia demi kecintaan hafalan adalah sukar, jika hatimu meragui kebenarannya. Kalian hanya mengiyakan dengan kata-kata, sedang hati berat untuk melaksanakannya. Itu manusia average, normal dan biasa. Maka berdoalah kepada Yang Maha Penyayang, jangan letakkan kita dalam golongan average. Letaklah kita di dalam golongan yang terpilih, yang benar mengotakan ikrarnya “Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanya untuk Rabbul Alamin”.

Dunia ini mengasyikkan, tetapi bukan tempatmu selamanya. Akhirat itu pasti, itulah destinasimu suatu hari nanti. Dan kalian adalah musafir, maka hiduplah seperti seorang musafir agar sampai ke destinasi dengan bekalan yang cukup dan sempurna.

Saturday, 21 December 2013

Sarjana/ Master: Dilema research atau coursework

Serasanya eloklah pengalaman ini dikongsi, buat membantu adik-adik atau tuan/puan di luar sana yang dalam dilema ketika niat di hati ingin menyambung pengajian ke pasca ijazah. Research atau coursework, mana yang lebih baik?

Setelah melalui sendiri bidang pengajian peringkat sarjana (master) dan memasuki gerbang pHd, saya lebih menasihati kalian agak mengambil coursework atau mix mode (research + coursework) di peringkat sarjana. Ada beberapa sebab yang akan saya highlightkan:
  • Lebih jelas perjalanan pengajian
  • Berdisiplin untuk menghabiskan pengajian kelas
  • Lebih banyak ilmu yang boleh dipelajari
  • Mengurangkan risiko keciciran atau terkandas
  • Lebih mudah dan cepat dalam menghabiskan pengajian
  • Lebih penting, “master your knowledge”
Kelemahan jenis pengajian research di peringkat sarjana:

  • Anda perlu disiplinkan diri sendiri (tiada kelas/tiada siapa tahu anda hidup atau mati..hehe)
  • Tiada siapa faham research anda, dan mudah untuk lost a.k.a hilang arah
  • Majoriti gagal menghabiskan master dalam masa yang diberi
  • Peluang untuk terkandas sangatlah tinggi
  • Anda kehilangan peluang paling mahal, iaitu me’masterkan ilmu yang sepatutnya’.
Sebenarnya banyak untuk saya highlightkan, tetapi semua yang saya sebutkan di atas adalah symptom biasa yang menimpa ramai kawan-kawan dan senior-senior saya. Percayalah, di peringkat sarjana research anda tidak diiktiraf pun. Hatta peringkat pHd pun begitu, melainkan anda sudah mendapat title Doctor.


Adapun jika anda benar-benar berminat untuk membuat research, sambunglah sehingga ke peringkat phD. Sebab research peringkat master dan phd sama sahaja keadaan kesukarannya, jadi mengapa membuang masa terlalu lama di peringkat master atau sarjana. Saya sendiri graduate mix mode, dan menghabiskan sarjana saya hanya dalam dua sem (sepatutnya 3 semester). Dan menyambung pHd dalam semester ketiga (sepatutnya).

Anda fikir research di peringkat master boleh menambahkan lebih banyak ilmu anda? Anda silap, apa yang anda tahu dan pelajari hanyalah apa yang berkaitan research anda. Tidak ada penambahan ilmu atau kepakaran, sebab anda tidak akan diajar disiplin ilmu-ilmu lain. Jadi kalau benar-benar juga berminat dengan research, amik sahaja coursework atau mix mode di peringkat sarjana dan sambunglah research di peringkat pHD. Why not?

Rasanya cukuplah tu, nanti saya postkan bagaimana pula cara untuk memilih bidang kajian di peringkat pHd dan memilih university mengikut keinginan anda. All the best, masters. ;)

Friday, 20 September 2013

Kedoktoran: Pandang rintik hujan, bukan pelangi yang mengasyikkan.

Secubit rasa di sebalik sebutir perkataan “Kedoktoran” ingin hamba kongsikan, di kala rasa secubit inilah yang menjadikan masam manis laluan kehidupan. Ramai orang melihat warna pelangi di kaki awan, lalu dalam pegun mereka terlupa bahawa yang menghadirkan pelangi tadi adalah rintik hujan.

Begitu juga bidalan hamba untuk episod kedoktoran, di kala orang teruja dengan kejayaan yang kita miliki sehingga merasakan kita berjaya kerana kita hebat, bertuah atau apa apa sahaja yang biasa kita dengar. Tanpa mereka tahu,  mengapai awan di puncak kedoktoran dilalui dengan titis peluh dan airmata. Lebih terasa kesakitan apabila kita melalui daerah ini keseorangan, kerana dunia “research” (dengan izin) adalah satu daerah paling sepi dan sunyi dalam episod dunia sarjana. Daerah yang jatuh bangunnya adalah sendirian, penat dan memeritkan.

Ada waktu semangat berkobar setinggi gunung, melepasi sejuta halangan mendatang. Adakala ia gugur ke bumi sekering daun, mengikut lintuk-lintuk angin petang. Kering. Lesu dan tak bermaya.

Daerah kedoktoran adalah daerah jiwa yang sebenar. Ada yang awalnya tumbang, ada yang tersungkur di pertengahan..dan ada yang terus hilang tanpa jejak perjalanan. Tapi itu hanya sebahagian cerita keperitan, namun segala keperitan yang dilalui akan ada bayaran. Sebutir topi sarjana bulat di pentas penganugerahan, itulah ultimate kepuasan.

Dan hamba yang masih teraba-raba mencari kekuatan, menghabiskan sisa perjalanan yang memeritkan. Di kala tuan-tuan hanya memahami kedoktoran pada sejemput nama dan kebanggaan, musafir-musafir ilmu seperti hamba mendapatinya ia hanya seperti perjalanan di lautan. Hanya matahari dan bintang jadi panduan. Jika diibaratkan menuntut ilmu seperti jihad maka hamba rasa itulah kebenaran. Jihad termasuk dalam mengorbankan masa dan usia untuk sesuatu yang bermanfaat buat ummat, demi memastikan penyebaran dan pengembangan ilmu sejagat.

Bagi yang sedang memasang niat untuk menyambung kedoktoran, Ahlan..selamat datang ke daerah jiwa yang memenatkan. Pastikan di permulaan sudah dibekalkan semangat walau cuma segenggam, pegang erat ia sehingga ke hujung perjalanan. Senyum. ;)

Monday, 9 September 2013

Akademi Huffaz



Bismillahirahmani Rahim.
Pernah menyimpan niat untuk menghafal Quran? Tetapi tidak tahu cara dan bagaimana untuk bermula..
Rasa nak menghafal? Tetapi tidak tahu mampu atau tidak..
Teruja untuk menghafal Al Quran, tetapi tidak berada di landasan sekolah atau dunia Al Quran seperti orang lain?
Masuk kelas Tahfiz kena bayar?

Tidak perlu kalian risaukan bayaran upah atau seumpamanya, rezeki yang Allah bagi sudah cukup untuk saya menampung kehidupan harian saya. Tidak perlu sebarang upah atau imbuhan, FOC (Free of Charge)? Yup, FOC.. Saya lakukan demi Allah, jika kalian ingin mnyertai sebahagian dari mereka yang sudah bermula menghafal bait-bait Al Quran.
Berapa banyak perlu dihafal adalah bergantung kepada kemampuan kalian, anda sendiri akan letakkan target mingguan berdasarkan masa dan kemampuan individu. Prinsip menghafal bukan sebarapa banyak yang kita boleh menghafal, tetapi seberapa banyak yang kalian mampu kekalkan ingatan. Tidak mengapa hanya menghafal cuma sekadar juzu’ Amma (30), tetapi kalian mampu kekalkan ingatan. Itulah yang akan memberi syafaat di akhirat nanti.
Biar saya ringkaskan syarat dan terma untuk join bersama kami:
  • Perlu tasmik paling kurang seminggu sekali, hari/masa yang available boleh dibincangkan bersama.
  •  Berapa banyak muka surat? Terpulang pada kemampuan.
  • Tidak perlu bertemu untuk tasmik (perdengarkan) bacaan, kami sudah memanfaatkan teknologi seperti Skype, Yahoo Messenger etc.Semuanya percuma. Paling tidak, telefon boleh digunakan.
  •  Kalu tidak mampu tasmik hafalan baru untuk minggu tersebut, boleh murajaah (ulang baca) hafalan sebelumnya untuk memastikan pengekalan hafalan.
  • Dan mohon kalian luangkan sedikit masa untuk meng’emel’kan saya butir peribadi untuk di proses seperti :
o   Nama
o   Pekerjaan: (kalau student, maklumkan sahaja student.)
o   No telefon
o   Cara untuk tasmik: Skype/ YM/ Telefon
o   Target hafalan tahun ini: (Sejuzu’/ 5 juzu’/10juzu’) etc.
o   Dan hantarkan ke safwan.alhafiz [at] gmail.com
  • Sedikit disiplin dan kemahuan untuk diadun menjadi ramuan dan penawar ;)

Dan demi Allah, saya cukup bangga untuk membantu saudara/ saudari saya menjadi salah seorang penghafaz Al Quran yang dicintai oleh Allah, para malaikat dan dihormati oleh sekalian makhluk langit dan bumi. Cukuplah beralasan sibuk/ tidak ada masa. Itu semua alasan untuk menyedapkan perasaan kita sendiri, hakikatnya bekalan mati itu perlu diisi bermula hari ini. Jangan sia-siakan peluang.

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites