Follower Links

Sunday 9 November 2014

Menghafaz Al Quran: Kesilapan Rutin.


Menjaga hafalan dan menambah hafalan baru dalam memastikan hafazan Al Quran mampu dihabiskan dalam tempoh yang dirancang memerlukan metode dan cara yang betul. Saya meneliti kesalahan yang dilakukan oleh anak murid aka mentee dalam perjalanan beliau yang telah pun bermula untuk menjadi salah seorang penjaga Al Quran yang mulia.


Kesalahan pertama, adalah ketika mentee menghafaz ayat dan muka surat yang baru tanpa mengambil berat pada hafalan lama. Ini kesalahan popular bagi mereka yang cuba menghabiskan sukatan atau muqarar hafalan Al Quran mereka. Hafalan mereka pantas tetapi hakikatnya kualiti terlalu lemah. Di hujungnya nanti, mereka ibarat mengejar bayang namun roh Al Quran tidak ada di dalam jiwa mereka. Masalah serius begini amat banyak berlaku, bayangkan betapa ramai yang menghafal Al Quran tetapi mempunyai masalah ingatan yang serius kerana mereka terlalu mengejar trofi kepantasan.
Gambar dari MASDAR..memberi semangat untuk adik2 hafizah yang lain.
Kesalahan kedua yang biasa berlaku adalah apabila mentee terlalu panic dengan kualiti dan tidak bergerak ke hadapan dalam meningkatkan kuantiti hafalan. Sudahnya, mereka akan berakhir dengan masalah semangat untuk meneruskan, jemu dengan aktiviti hafalan, malah gagal berada dalam lingkup group yang sepatutnya. Konflik kurang keyakinan ini biasa jarang berlaku, namun tetap wujud dalam kehidupan seorang hafiz dan hafizah. Amat bagus untuk memberatkan mutu hafalan, namun jika menghabiskan keseluruhan masa dengan dengan hafalan lama tanpa menambah hafalan baru akan menyebabkan jiwa mentee mula lemah semangat untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Dua keadaan ini sentiasa berlaku dalam dunia seorang hafiz dan hafizah ketika mereka di dalam peringkat kembara menjadi seorang pembawa Al Quran atau Hamilul Quran. Cara menambah hafalan tanpa mengambil berat pada hafalan sebelumnya adalah salah, dan terlalu conservative dengan memberati hafalan sebelumnya tanpa usaha menambah hafalan yang baru juga adalah salah. Ia adalah langkah yang perlu seiring, seperti mana dua kaki yang harus maju ke depan dalam waktu yang sama untuk memastikan perjalanan menjadi Hafiz dan Hafizah tidak pincang. 

Moments dan waktu ketika menelusuri perjalanan menjadi Hafiz dan Hafizah adalah waktu-waktu yang perlu dinikmati sebaiknya, susah payah menghafaz dan menjaga hafazan di dalam tempoh ini adalah butir-butir kemanisan yang harus ditelan sebaiknya kerana ia adalah kenangan yang tidak akan dapat lagi dicari ganti. Yang manis dalam menjadi Hafiz dan Hafizah bukanlah waktu kita mengingati dengan lancar setiap bait ayat, tetapi kita dengan sabar menghafaz bait demi bait dan menangisi di atas kerinduaan pada ayat-ayat yang telah hilang atau sukar dihafazkan. Ia adalah kenangan sepanjang usia kehidupan. J

0 comments:

Post a Comment

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites