Follower Links

ILuvIslam.

I Luv Islam.

Friday, 12 December 2014

Kopi suam, Air suam.

“Bang, kopi suam & air suam?” Soalan biasa pemilik kedai yang menjual air di café Uni. “Beres”. Jawapan biasa bersama kenyitan mata dan tanda peace. Muka saya dan kopi suam di kedai beliau sudah tidak asing, setiap dinihari sayalah antara pelanggan setianya. Tegukan kopi susu yang bersamanya aroma yang sangat harum, menyegarkan otak yang terlena. Masih ramai yang tidak tahu kopi adalah minuman kesukaan Rasulullah s.a.w, dan ia sangat baik untuk pencernaan otak dan memberi lebih energy khususnya apabila kita di dalam proses akhir penulisan thesis. Selain untuk otak, ia juga meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan risiko...

Tuesday, 11 November 2014

Theoretical Framework: Apa dan bagaimana ia?

Berlari di dalam phd tidak mungkin akan lebih pantas jika anda gagal memahami technical process dan concept bagi setiap satu element yang perlu ada di dalam kajian phd. Saya menulis berdasarkan pemerhatian ketika membantu junior2 dan rakan2 seperjuangan di dalam menghadamkan kajian mereka sehingga ke peringkat masak atau matang.  Kebanyakan calon phd bermula dengan topic kosong, ertinya datang berlenggang tanpa sebarang idea untuk dijadikan topic thesis. Mereka mendaftar phd hanya berbekalkan proposal lama atau cilok, sekadar untuk lulus memasuki universiti. Selebihnya mereka mengharap supervisor yang mencadangkan topik, atau mengharap...

Sunday, 9 November 2014

Menghafaz Al Quran: Kesilapan Rutin.

Menjaga hafalan dan menambah hafalan baru dalam memastikan hafazan Al Quran mampu dihabiskan dalam tempoh yang dirancang memerlukan metode dan cara yang betul. Saya meneliti kesalahan yang dilakukan oleh anak murid aka mentee dalam perjalanan beliau yang telah pun bermula untuk menjadi salah seorang penjaga Al Quran yang mulia. Kesalahan pertama, adalah ketika mentee menghafaz ayat dan muka surat yang baru tanpa mengambil berat pada hafalan lama. Ini kesalahan popular bagi mereka yang cuba menghabiskan sukatan atau muqarar hafalan Al Quran mereka. Hafalan mereka pantas tetapi hakikatnya kualiti terlalu lemah. Di hujungnya nanti, mereka...

Tuesday, 21 October 2014

Santau: Di mana kesilapan perawat Islam.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE “Malam rabu kena pergi minggu ini kena pergi la ke Darul xxx untuk berubat dan keluarkan santau”. Ini adalah dialog yang sangat saya hafal, jawapan dari kawan saya sewaktu tahun kedua saya di Universiti ketika saya tahu beliau terkena sihir santau. Allah, waktu tu saya ingat santau adalah penyakit paling sukar untuk pulih. Waktu itu saya tidak pandai apa-apa, belum dianugerahkan rahmat Yang Maha Esa untuk mengubati manusia seperti ini. Hanya...

Wednesday, 15 October 2014

Musafir ilmu: Satu rahmat.

Ketika masih lagi saya di sini, di sebuah perjalanan dalam dunia sarjana. Ramai teman dan sahabat mula rebah dan ‘hilang’ dari daerah ini, hanya airmata yang mampu saya titiskan menghantar mereka ke daerah kehidupan mereka yang baru. Perjalanan di dunia kedoktoran ini, saya tahu..SUKAR. Di antara mereka, tidak semua bernasib baik seperti kami yang masih berbaki semangat dan kudrat demi memastikan destinasi dituju di dalam genggaman. Di antara mereka, ada yang dibebani mental distress.. unsupported wife/ husband, and thousands of other problems. Di antara mereka, ada yang sudah cuba untuk bertahan, akhirnya kalah dengan ujian.  Di ruangan...

Wednesday, 1 October 2014

Jin: Siapa mereka?

Jin seperti manusia. Bezanya jin tidak mampu dilihat dek mata kasar biasa, seperti juga seorang manusia yang anda tahu orangnya tetapi belum pernah berjumpa. Jika apa yang anda dengar itu adalah keburukan, pasti anda akan prejudis. Dan jika apa yang anda dengar itu yang baik-baik sahaja, anda akan takjub sebelum melihat tuannya. Hakikatnya jin seperti manusia yang anda dengar sifatnya tetapi belum pernah berjumpa bagaimana sebenar gerangannya. Saya menggunakan frasa ayat di atas menggambarkan bagaimana jin yang sebenar, supaya analoginya mudah difahami. Bagi orang yang pernah melalui pengalaman atau mendengar cerita hantu, mereka prejudis...

Wednesday, 13 August 2014

Jiwa Merdeka: Tiada yang mampu menahan aku bahagia

Air yang mengalir sentiasa jernih kerana ia tidak membawa bersama kerikil dan batu, mengalir sendiri jatuh dari satu perdu ke perdu lain di dalam kehidupan. Energinya sentiasa baru, malah kehadirannya ditagih untuk menghidupkan kehidupan bangsa lain alam. Seperti itulah analogi jiwa merdeka, bebas dari taklukan kisah silam dan duka dendam yang mungkin terus menghitamkan jiwa insan. Jiwa merdeka ini saya bawa buat berlari dari satu daerah ke daerah kehidupan yang lain, bebas dari rasa dendam yang mencengkam, cemburu yang membuta mahupun amarah yang meliar. Mungkin atas sebab ini ramai yang hairan, bagaimana saya boleh menerima manusia yang...

Page 1 of 7123Next

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites