Follower Links

Saturday, 21 December 2013

Sarjana/ Master: Dilema research atau coursework

Serasanya eloklah pengalaman ini dikongsi, buat membantu adik-adik atau tuan/puan di luar sana yang dalam dilema ketika niat di hati ingin menyambung pengajian ke pasca ijazah. Research atau coursework, mana yang lebih baik?

Setelah melalui sendiri bidang pengajian peringkat sarjana (master) dan memasuki gerbang pHd, saya lebih menasihati kalian agak mengambil coursework atau mix mode (research + coursework) di peringkat sarjana. Ada beberapa sebab yang akan saya highlightkan:
  • Lebih jelas perjalanan pengajian
  • Berdisiplin untuk menghabiskan pengajian kelas
  • Lebih banyak ilmu yang boleh dipelajari
  • Mengurangkan risiko keciciran atau terkandas
  • Lebih mudah dan cepat dalam menghabiskan pengajian
  • Lebih penting, “master your knowledge”
Kelemahan jenis pengajian research di peringkat sarjana:

  • Anda perlu disiplinkan diri sendiri (tiada kelas/tiada siapa tahu anda hidup atau mati..hehe)
  • Tiada siapa faham research anda, dan mudah untuk lost a.k.a hilang arah
  • Majoriti gagal menghabiskan master dalam masa yang diberi
  • Peluang untuk terkandas sangatlah tinggi
  • Anda kehilangan peluang paling mahal, iaitu me’masterkan ilmu yang sepatutnya’.
Sebenarnya banyak untuk saya highlightkan, tetapi semua yang saya sebutkan di atas adalah symptom biasa yang menimpa ramai kawan-kawan dan senior-senior saya. Percayalah, di peringkat sarjana research anda tidak diiktiraf pun. Hatta peringkat pHd pun begitu, melainkan anda sudah mendapat title Doctor.


Adapun jika anda benar-benar berminat untuk membuat research, sambunglah sehingga ke peringkat phD. Sebab research peringkat master dan phd sama sahaja keadaan kesukarannya, jadi mengapa membuang masa terlalu lama di peringkat master atau sarjana. Saya sendiri graduate mix mode, dan menghabiskan sarjana saya hanya dalam dua sem (sepatutnya 3 semester). Dan menyambung pHd dalam semester ketiga (sepatutnya).

Anda fikir research di peringkat master boleh menambahkan lebih banyak ilmu anda? Anda silap, apa yang anda tahu dan pelajari hanyalah apa yang berkaitan research anda. Tidak ada penambahan ilmu atau kepakaran, sebab anda tidak akan diajar disiplin ilmu-ilmu lain. Jadi kalau benar-benar juga berminat dengan research, amik sahaja coursework atau mix mode di peringkat sarjana dan sambunglah research di peringkat pHD. Why not?

Rasanya cukuplah tu, nanti saya postkan bagaimana pula cara untuk memilih bidang kajian di peringkat pHd dan memilih university mengikut keinginan anda. All the best, masters. ;)

9 comments:

Assalammualaikum. menarik (article pertama sy baca bg title mcm ni)
sy berminat utk tahu lebih lanjut mengenai pros and cons jika amik mixed mode.
bole tak share kan pendapat mixed mode vs course work (pros/cons)

harap dpt reply ke email sy msyafiqr@gmail.com
Terima kasih

Salam , saya pon ingin mngetahui dengan lebih lanjut mngenai pros and cons dari segala aspek untuk research , courswork and mixed mode . Boleh emel saya ? syafeecca92@yahoo.com / syafeecca92@gmail.com

Salam..saya berniat nk sambung master tapi teringin nk smbung bidang lain pulak...contohnya waktu degree belajar biologi waktu master teringin nk tambah ilmu dalam pengurusan... ada x kenalan2 saudara yang dah berpngalaman macam kes saya ni...mohon pandangan dan cadangan...terima kasih... :)) jannatulainzizu@gmail.com

salam...saya bercadang untuk smbung master tetapi dalam bidang berlainan...sekarang ni degree saya dlm pendidikan sains kimia dan saya nak mencuba master dlm bidang matematik (bukan pendidikan)..jadi kalau boleh..jika saudara ada pengalaman boleh kongsi sedikit untuk saya...email saya...beruskasut@gmail.com

hello. Boleh tahu awak master dekat uni mana?
fizlahainaa@gmail.com

tp coursework, yuran mahal kan?

Assalamualaikum....terima kasih saya ucapkan pada penulis blog ni... Awak beri jawapan yg tepat pada persoalan saya, iaitu nak sambung master by coursework atau by research... saya memang minat research, tapi saya perlukan ilmu dan alat yg cukup utk memulakan research saya, lepas baca entry ni seolah-olah memberikan confirmation letter utk saya sambung master by coursework...hehehe...saya setuju dgn point awak yg "memasterkan ilmu yg spatutnya" dan "lebih penting 'master your knowledge' " tu....dan yg paling best..."Anda fikir research di peringkat master boleh menambahkan lebih banyak ilmu anda? Anda silap, apa yang anda tahu dan pelajari hanyalah apa yang berkaitan research anda. Tidak ada penambahan ilmu atau kepakaran, sebab anda tidak akan diajar disiplin ilmu-ilmu lain. Jadi kalau benar-benar juga berminat dengan research, amik sahaja coursework atau mix mode di peringkat sarjana dan sambunglah research di peringkat pHD. Why not? "......point ni memang Terbaik !!! Thanks a lot !!! Syukran Jazilan...Jazakallahu Khair......

ohh....by the way, for your information...saya punya background pun lebih kurang mcm awak jgak..dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah semua sekolah agama....bila masuk U sambung bidang sains(food biotechnology) sebab minat...Alhamdulillah full of satisfaction...doakan saya ye utk sambung Master next year (2017)...

ringkas dan padat. i like. sekarang sudah boleh buat keputusan. thanks membantu !

Tq ini sangat membantu. I wonder if taking coursework would be a problem if i wanna pursue to phd later. As i wanna become a lecturer someday. In shaa Allah

Post a Comment

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites