Follower Links

ILuvIslam.

I Luv Islam.

Saturday, 21 December 2013

Sarjana/ Master: Dilema research atau coursework

Serasanya eloklah pengalaman ini dikongsi, buat membantu adik-adik atau tuan/puan di luar sana yang dalam dilema ketika niat di hati ingin menyambung pengajian ke pasca ijazah. Research atau coursework, mana yang lebih baik? Setelah melalui sendiri bidang pengajian peringkat sarjana (master) dan memasuki gerbang pHd, saya lebih menasihati kalian agak mengambil coursework atau mix mode (research + coursework) di peringkat sarjana. Ada beberapa sebab yang akan saya highlightkan: Lebih jelas perjalanan pengajian Berdisiplin untuk menghabiskan pengajian kelas Lebih banyak ilmu yang boleh dipelajari Mengurangkan risiko keciciran atau terkandas...

Friday, 20 September 2013

Kedoktoran: Pandang rintik hujan, bukan pelangi yang mengasyikkan.

Secubit rasa di sebalik sebutir perkataan “Kedoktoran” ingin hamba kongsikan, di kala rasa secubit inilah yang menjadikan masam manis laluan kehidupan. Ramai orang melihat warna pelangi di kaki awan, lalu dalam pegun mereka terlupa bahawa yang menghadirkan pelangi tadi adalah rintik hujan. Begitu juga bidalan hamba untuk episod kedoktoran, di kala orang teruja dengan kejayaan yang kita miliki sehingga merasakan kita berjaya kerana kita hebat, bertuah atau apa apa sahaja yang biasa kita dengar. Tanpa mereka tahu,  mengapai awan di puncak kedoktoran dilalui dengan titis peluh dan airmata. Lebih terasa kesakitan apabila kita melalui daerah...

Monday, 9 September 2013

Akademi Huffaz

Bismillahirahmani Rahim. Pernah menyimpan niat untuk menghafal Quran? Tetapi tidak tahu cara dan bagaimana untuk bermula.. Rasa nak menghafal? Tetapi tidak tahu mampu atau tidak.. Teruja untuk menghafal Al Quran, tetapi tidak berada di landasan sekolah atau dunia Al Quran seperti orang lain? Masuk kelas Tahfiz kena bayar? ...

Thursday, 22 August 2013

Bukan kerna nama

Menyambung pengajian seawal ini ke peringkat kedoktoran bukan untuk mengejar nama, apa lagi mengimpikan lumayannya gaji memiliki grade 51/52. Barangkali orang lain mungkin mengejar ganjaran seperti ini, tapi hamba di sini berlari dari sesuatu yang mengejar diri naïf ini. Tidak pernah terlintas sekalipun di kotak kecil minda ini untuk menyambung pelajaran di kala diri sudah tercungap-cungap mengheret tubuh kerdil menamatkan larian ijazah yang sudah separuh nyawa. Berkhidmat pula di bahagian projek yang menonjolkan wang mudah ribuan membuat hati tertawan, lalu siapa tahu hasrat silam cuma tinggal kenangan. Satu benda yang hamba lari, iaitu...

Saturday, 20 July 2013

gerilla

...

Thursday, 18 July 2013

Pesan seorang murabbi.

Ketika kami sedang mengikuti madah Tafsir, Kitab Fi Zilalil Quran. Murabbi yang mengajar ini orangnya hebat dan disanjungi, mempunyai gaya tokoh seorang ulama’. Usai sahaja maqra’ pengajian hari itu, beliau menyampaikan satu pesan: “Jangan letak kitab lain di atas Al Quran. Kitab Laws ka, medik ka, akauntan ka..semua tak boleh” Lalu kami yang ilmu setitik ini bertanya: “Maksud ustaz?” Katanya yang hafaz Al Quran jangan cari pasangan yang tidak memiliki Al Quran. Sebaiknya pilih yang menghafaz Al Quran walau cuma beberapa surah, kalau sudah terjodoh..maka ajarkan pasangan itu menghafaz Al Quran, baru baiah solehah ada keberkatan dunia...

Tuesday, 18 June 2013

Pic

...

Page 1 of 7123Next

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites