Menyambung pengajian seawal ini ke peringkat kedoktoran
bukan untuk mengejar nama, apa lagi mengimpikan lumayannya gaji memiliki grade
51/52. Barangkali orang lain mungkin mengejar ganjaran seperti ini, tapi hamba
di sini berlari dari sesuatu yang mengejar diri naïf ini.
Tidak pernah terlintas sekalipun di kotak kecil minda ini
untuk menyambung pelajaran di kala diri sudah tercungap-cungap mengheret tubuh
kerdil menamatkan larian ijazah yang sudah separuh nyawa. Berkhidmat pula di
bahagian projek yang menonjolkan wang mudah ribuan membuat hati tertawan, lalu
siapa tahu hasrat silam cuma tinggal kenangan.
Satu benda yang hamba lari, iaitu kesibukan. Dan kejauhan
dari Al Quran membuat diri terasa kerdil, saban hari termangu di meja pejabat
menyiapkan urusan dunia..projek..projek..demi projek..tidak pernah ada
kesudahan. Client silih berganti, hari berganti hari..umur meningkat sedang amal
tidak ke mana.
Kesibukan mencampak hamba di sini, di daerah asing ilmu.
Dari dunia sarjana terus maju ke dunia kedoktoran, di kala hamba sendiri
ternganga-nganga. Benarkah secepat ini laluan kehidupan, aturan tangan Tuhan
memuktamadkan segalanya. Demi Al Quran, dalam sukar hamba memejamkan mata.
Tinggal semuanya, janji kemewahan, gaji lumayan, dunia yang menyeronokkan,
teman-teman yang menghiburkan..
Yang ada kini, bilik sedepa cuma.. sebutir meja dan
kerusinya, beberapa buku dan naskhah kajian sarjana dan kedoktoran..jurnal yang
menimbun tingginya, laptop tua, senakhah Al Quran dan sebuah tafsir pinjaman cuma. Saban pagi menghadap buku dan jurnal sehingga ke petang, malamnya terisi
dengan Al Quran. Samada murajaah atau mengemaskan hafalan yang terlupa. Itulah kepuasan.
Pada hamba, sarjana atau kedoktoran tidak memberi sebarang lambang
atau makna. Isi yang sebenarnya adalah Al Quran di dada, kerana mati hamba tidak
ditanya berapa gulung ijazahnya.
0 comments:
Post a Comment