Bismillahirahmani Rahim.Alhamdulillah, masih bkesempatan untuk menulis. Kesibukan menyiapkan jurnal menghambat saya untuk memanfaati masa yang ada, baru hari ini mempunyai peluang untuk menulis di blog ini. Kala petang yang membosankan semalam, saya sempat menyiapkan satu video ketika melakukan proses rawatan.Pesakit ini adalah pesakit yang telah disyaki menghidap ‘parkinson’ kerana kegagalan untuk mengawal gerakan dan getaran yang melampau pada kaki dan tangan beliau. Dua tahun mereka buntu tanpa penyelesaian. Rupanya dua tahun juga dia telah menerima saka hidup dari aki (atuk) nya, sehinggalah dia mula dirawat oleh saya dua bulan yang lalu. Oleh kerana video ini antara koleksi video berubat yang agak sopan, maka saya cuba edit dan trim part yang kurang enak.Sekadar menyampaikan ibrah,...