"Sewajarnya bagi seorang Hamilul (penghafaz) Quran mengetahui malamnya (memeliharanya) di masa manusia sedang tidur, siangnya di masa manusia sedang berbuka, kedukaannya di kala manusia sedang bersukaria, tangisnya di kala manusia sedang bergelak ketawa, diamnya di kala manusia sedang berbual dan khusyu`nya di kala manusia sedang bermegah-megah"
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas`ud daripada Nabi Muhammad S.A.W
Jadilah seperti air yang mengalir, jatuh dari lereng paritan mengalir ke lautan. Bila saat kamu terasa selesa dengan pencapaian, ingat hanya satu, kamu akan membusuk seperti hanyirnya longkang.
Dalam berjuang jatuhlah walau beribu kali, lukalah walau sakit dan peritnya di hati. Kerana setiap yang baik bukan tumbuh dari asalnya, tetapi kerana ketahanan dan keteguhannya. Maka sabar dan tsabatlah dalam musafirmu. [M.S Wan]
0 comments:
Post a Comment