Alhamdulillah, berjaya sudah melunaskan penulisan jurnal dan
juga kertas kerja conference akhirnya sebelum menikmati cuti hari raya yang
bakal tiba. Tanggungjawab akademik saya letakkan ke tepi, menyelusuri
perkembangan terkini berkenaan peperangan di Palestin dan juga tragedy MH17 (pesawat
MAS) yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia. Sewaktu menerima berita tragedy
ini, serasa separuh perasaan terbang. Sekali lagi Malaysia diuji selepas MH307.
Al fatihah buat penumpang dan anak kapal yang beragama Islam dan takziah secara
amnya.
Bagaimana sebuah negara tertindas dengan kenaifan logistic perang
bangkit menghasilkan teknologi ketenteraan yang begitu menakjubkan, sedang
IsraHell yang bertahun mencanangkan bahawa mereka mempunyai military logistic
yang 1st class akhirnya terkial-kial menahan bedilan dan hujan roket
dari genting Gaza. Malah Iron dome mereka yang dikatakan canggih pun tidak
mampu menafikan kehadiran roket-roket dari Gaza. Belum lagi dikira dengan
kemampuan Hamas mencipta Drone2 yang dinamakan Ababeel yang berjaya menembusi
dan merisik tanah jajahan IsraHell. Dan bagaimana mereka memiliki kepelbagaian
komando termasuk yang terbaru Komando Amfibia yang sama sekali tidak dijangka
oleh musuh mereka.
Dan seluruh Palestin hari ini telah menjadi sekolah kehidupan buat seluruh umat di segenap benua, mereka mengajar manusia tentang dunia yang dikejar bakal hilang sekelip mata apabila perang menyinggah. Sekaligus hancur musnah, termasuk nilai nyawa dan kemanusiaan. Dan mereka mengajar manusia kembali kepada ketuhanan, bila mana hanya Tuhan menjadi sandaran dalam setiap detik kehidupan. Pelajaran paling bermakna ini mereka catatkan dengan darah mereka sebagai pena, sehingga seluruh umat mula bangkit dan bersatu. Dan tiada kemenangan mampu diraih tanpa wujudnya keimanan yang mantap dan penyerahan seluruh jiwa raga pada Yang Maha Esa. Sehingga mereka yang ingin berjuang ditapis dan dipilih berdasarkan kejituan dan kemantapan rohani sebelum menjadi pejuang di bumi Palestin.
Apa yang lebih menarik minat waktu ini, adalah peperangan di
Palestin. Ketika pejuang Palestin sedang bermatian-matian bertahan daripada serangan
IsraHell. Saya mengikuti penuh minat perkembangan perang ini, dengan doa dan
airmata moga Allah mempermudahkan jalan kemenangan buat tentera dan saudara-saudara
Islam di sana. Edisi perang kali ini amat berlainan, pasukan pejuang-pejuang
Palestin bergabung termasuk Hamas melalui Izuddin Al Qasam, Saraya Al Quds,
Fatah melalui Briged Al Aqsa dan beberapa briged lagi membentuk satu ketumbukan
pejuang yang sangat menakutkan penyerang IsraHell yang kini mula menagih talian
hayat Mesir, supaya mengadakan genjatan senjata. Aneh, bagaimana pembuli dan pencabul yang
mula merintih mahukan pembelaan selepas serangan balas pejuang yang selama ini
sangat bersabar dengan kezaliman mereka.
Saya menganalisa perang Palestin dan penjajahnya, IsraHell
dengan penuh ketakjuban. Perang kali ini bukan sahaja memberi nafas baru dan
sinar fajar untuk pembebasan Aqsa, malah ia telah memberi didikan buat umat
yang tertidur sekian lama. Mesej paling jelas Palestin kepada dunia Islam
adalah, bagaimana sabar dan tsabatnya para pejuang dalam menghadapi perang ini.
Bagaimana persediaan mereka di kala dunia penuh bisu menafikan hak mereka,
namun mereka bangkit dengan segala kecanggihan senjata dan roket yang kini
sudah melepasi Tel Aviv malah sudah mendarat di Bandar Nahariya, wilayah paling
hujung di utara IsraHell dengan roket R160 (Rantisyya 160km).
Drone Ababeel |
Dan seluruh Palestin hari ini telah menjadi sekolah kehidupan buat seluruh umat di segenap benua, mereka mengajar manusia tentang dunia yang dikejar bakal hilang sekelip mata apabila perang menyinggah. Sekaligus hancur musnah, termasuk nilai nyawa dan kemanusiaan. Dan mereka mengajar manusia kembali kepada ketuhanan, bila mana hanya Tuhan menjadi sandaran dalam setiap detik kehidupan. Pelajaran paling bermakna ini mereka catatkan dengan darah mereka sebagai pena, sehingga seluruh umat mula bangkit dan bersatu. Dan tiada kemenangan mampu diraih tanpa wujudnya keimanan yang mantap dan penyerahan seluruh jiwa raga pada Yang Maha Esa. Sehingga mereka yang ingin berjuang ditapis dan dipilih berdasarkan kejituan dan kemantapan rohani sebelum menjadi pejuang di bumi Palestin.
Palestin yang tertindas dan kejahatan zionist dalam Al Quran (Surah Isra) |
Hikmah demi hikmah ini membuat saya mengalirkan airmata, Maha
Suci Allah yang Mencipta Seluruh Alam. Seluruh jiwa terasa dibangunkan, seperti
terbangunnya jasad dari lena malam. Menyelak satu persatu dalam tadabbur surah
demi surah, janjiNya hampir tiba. Dan terasa kerdilnya jiwa ini mengadap Yang
Maha Esa, Allah agungnya Engkau. Dalam pinta memohon kemenenangan, berselang
pinta memohon keampunan. Terlalu banyak masa dihabiskan untuk kecintaan dunia,
sehingga terlupa akan pertemuaan dengan Tuhan Yang Maha Esa. Alangkah hebatnya
mereka yang syahid di jalanNya, barangkali berjalan penuh bangga menemui
Pencipta. Sedang kita penuh ghairah mengejar dunia, memenuhkan tengkolok nafsu
semahunya seolah kita hidup selamanya. Hari ini sujud sepenuh jiwa, dan deraian
air mata membanjiri pipi. Dalam kudus memohon kemenangan buat pejuang, dan
penuh silu memohon keampunan Tuhan. Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku di
Palestin.
And my tribute to Palestina and all of our brothers and
sisters out there, you and your fight has teaches us about the meaning of life.
Your pains and bloods will not be simply ignored, we’ve heard your calling for
help. And we already answered it in our du’a, and we send you guys everything
which possible. Money, foods, clothes and absolutely our prayers for Allah to
help you and ease your pains. Only if, we can go there, sitting with you, feel
whatever you feels. Sure we want to, but sorry Gaza. We just being denied by
our bureaucracies, leaving us with no option. But one day will come, we will
join you no matter what it costs. To free Aqsa and our brother’s land, Palestin!