
Ketika kami sedang mengikuti madah Tafsir, Kitab Fi Zilalil
Quran. Murabbi yang mengajar ini orangnya hebat dan disanjungi, mempunyai gaya
tokoh seorang ulama’. Usai sahaja maqra’ pengajian hari itu, beliau
menyampaikan satu pesan:
“Jangan letak kitab lain di atas Al Quran. Kitab Laws ka, medik
ka, akauntan ka..semua tak boleh”
Lalu kami yang ilmu setitik ini bertanya: “Maksud ustaz?”
Katanya yang hafaz Al Quran jangan cari pasangan yang tidak
memiliki Al Quran. Sebaiknya pilih yang menghafaz Al Quran walau cuma beberapa
surah, kalau sudah terjodoh..maka ajarkan pasangan itu menghafaz Al Quran, baru
baiah solehah ada keberkatan dunia...